Rumah tangga bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kembali menjadi bualan selepas isterinya memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Ada Masuk Campur Masalah Privasi Keluarga’ – Musa Hassan
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tahu Siapa Abang Saya & Siapa Wanita Itu’ – Jalaluddin Hassan Respon Video Viral Musa Hassan
Dah keluar rumah sejak enam bulan
Memetik laporan Harian Metro, isterinya, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42, berkata, permohonan cerai itu difailkan kerana faktor shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan Musa yang dikahwininya sejak 10 tahun lalu.
Elly Afizahwati hadir bersama peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim dan Noorulhuda Daud mengemukakan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.
Tan Sri pun sudah keluar rumah kelamin sejak enam bulan lalu. Selepas tuntutan cerai ini saya akan memfailkan tuntutan hak jagaan dan nafkah anak saya yang berusia lapan tahun.
Mahkamah menetapkan 11 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 2 Ogos 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Terdahulu, pengguna Twitter memuat naik tiga klip video berdurasi sembilan saat, 56 saat, dan 10 saat yang memaparkan pertelingkahan antara sepasang suami isteri yang turut disaksikan seorang kanak-kanak lelaki dalam rakaman itu.
Susulan itu, Musa meminta orang ramai supaya menghormati privasi dan tidak mencampuri urusan keluarganya menerusi akaun Twitter.
Polis mengesahkan, membuka kertas siasatan berhubung kejadian membabitkan Musa dan isterinya selepas rakaman video pertelingkahan itu tular.
Sumber: Harian Metro