berita

Music Video Anta Permana Siti Nurhaliza Kurang ‘Menyengat’ Kerana Penari?

October 6th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Nama penyanyi Dato Seri Siti Nurhaliza bukan asing lagi dalam industri seni nyanyian tanah air. Karya seni suara penyanyi nombor 1 Malaysia ini tidak pernah mengecewakan peminat.

Tetapi MV lagu terbaru, Anta Permana seakan mendapat kritikan dari netizen yang berpendapat video klip itu kurang menarik. Ramai juga yang mengecam MV Anta Permana ini, anda pula bagaimana?

Muzik video Anta Permana

Muzik video ini dilancarkan pada 4 Oktober lalu menerusi saluran akaun DatoSNurhalizaVevo dan telah mendapat lebih kurang 323ribu tontonan di laman Youtube. Turut mendapat 24ribu tanda like dan 474 tanda tidak suka.

Ramai yang memuji muzik lagu Anta Permana ini dan seiring dengan suara lunak Dato Seri Siti Nurhaliza. Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen kurang gemar dengan hasil video klip ini. Mereka meluahkan pendapat bahawa kewujudan penari-penari itu tidak sesuai untuk diletakkan dalam visual itu.

Tak perlu penari pun tak apa

Penari dari mana ni?

Sangat amatur

Sumber: Youtube 

SKIP THIS AD ×