berita

Muzik Video Lagu ‘Virus Corona’ Band Indonesia Ini Cecah 2.5 Juta Tontonan, Lirik Memang ‘Deep’ Teruk!

February 19th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Wabak misteri coronavirus semakin hangat dibincangkan sejak kebelakangan ini sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai. Berikutan dengan wabak ini, sebuah kumpulan muzik dari Indonesia iaitu kumpulan Gafarock tidak lepaskan peluang dengan menghasilkan sebuah lagu yang berjudul ‘Virus Corona’. Menurut mereka lagu asal ‘Virus Corona’ ini adalah dari lagu Jaranan karya Ki Hadisukatno.

4 bahasa dalam 1 lagu

Menerusi muzik video ‘Virus Corona’ yang dinyanyikan oleh Kumpulan Gafarock ini memperdengarkan 4 bahasa dalam 1 lagu. Apa yang paling kreatif adalah bait-bait lirik yang ada dalam lagu ini sangat mendalam dan sesuai dengan isu wabak coronavirus yang sedang tersebar ini. Dalam lirik lagu ini juga, mereka turut memberitahu bahawa wabak coronavirus sebenanrnya berasal dari negara China dan kini telah tersebar luas ke beberapa buah negara.

Corona corona virus yang ganas sekali. Corona corona itu berbahaya. Virusnya dari China, menyerang manusia. Waspada, waspada semua berjaga-jaga.

Corona corona menyebar kemana-mana. Corona corona korbannya sudah jutaan.

Sementara itu, menerusi penyampaian lagu ini juga mereka turut menitipkan doa agar Tuhan melindungi orang ramai supaya mereka terhindar daripada dijangkiti wabak coronavirus. Tidak cukup dengan itu, mereka turut menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling memandangkan wabak coronavirus ini dilihat semakin tersebar sehingga telah meragut nyawa jutaan orang.

Lagu dalam kenyataan

Lagu ini telah viral di pelbagai platform media sosial sehingga telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata daripada mereka memuji kumpulan Gafarock ini kerana kreatif menghasilkan sebuah lagu yang sesuai dengan situasi yang sedang melanda dunia.

Tidak kurang juga ada di antara mereka yang turut mendoakan agar wabak coronavirus ini segera reda supaya orang ramai dapat hidup seperti sediakala tanpa perlu rasa bimbang dan takut.

Sumber: Gafarock

SKIP THIS AD ×