berita

Muzik Video Tiara Oleh Kris Versi Grand Theft Auto

July 31st, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-07-31 at 12.55.24 PM

Jika permainan video Grand Theft Auto (GTA) mula popular di Malaysia sekitar tahun 2001, lagu Tiara yang dinyanyikan oleh kumpulan Kris pula mula popular pada tahun 1991, sepuluh tahun sahaja beza kedua-duanya.

Tapi, apa pula kaitan antara permainan video GTA ini dan juga lagu Tiara?

Ya, untuk pengetahuan anda, seorang individu bernama matdinozzo telah memuatnaik sebuah video atau lebih tepat lagi, muzik video Tiara yang menggunakan watak-watak didalam permainan video GTA sebagai pelakon. Menariknya, segala jalan cerita dan animasi yang digunakan sangatlah bersesuaian.

Jika anda pernah pergi ke pusat karaoke, kami percaya anda pasti akan tersenyum, atau mungkin ketawa melihat animasi yang dalam MV Tiara ini. Sangat kreatif dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana individu.

Screen Shot 2013-07-31 at 12.55.02 PM

MV Karaoke versi GTA

Screen Shot 2013-07-31 at 12.54.53 PM

MV Karaoke asal Tiara

Menariknya, pada minit 1.38, watak Iron Man turut muncul berjalan kearah Tiara.

Tak perlulah kami huraikan panjang-panjang. Anda lihat sendiri jalan cerita yang cuba disampaikan oleh pereka video ini. Lagi hebat daripada muzik video asal, meletup!

Untuk pengetahuan, lagu Tiara pernah menjadi finalis untuk Anugerah Juara Lagu 1991 (AJL 1991). Ia kemudiannya merangkul anugerah Lirik Terbaik sebelum merangkul trofi tempat ketiga AJL 1991. Liriknya telah dicipta khas oleh M.Nasir.

MV Karaoke versi Grand Theft Auto (GTA)

MV Karaoke asal 

SKIP THIS AD ×