berita

Penampilan Anna Jobling Dalam Muzik Video Rossa ‘Bertengkar Manis’ Dapat Pujian

September 29th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Kemunculan pelakon, Anna Jobling dalam video muzik penyanyi, Rossa yang berjudul ‘Bertengkar Manis’ berjaya mencuri tumpuan netizen.

Artikel Berkaitan: Anna Jobling Enggan Ulas Kontroversi Membabitkan Meerqeen & Mimi Lana – ‘Tanya Orang Yang Terlibat’

Artikel Berkaitan: Anna Jobling Padam Semua Gambar Bersama Meerqeen Di Instagram? Hantaran Di X Timbul Tanda Tanya

Kerjasama yang pertama

Video muzik ini telah dijalankan di Jakarta pada sekitar Ogos lalu dan mengambil masa selama hampir 24 jam.

Menurut Anna Jobling, dia berasa sangar teruja apabila mendapat tawaran untuk menjayakan penggambaran video muzik ‘Bertengkar Manis’ ini.

Anna dengan Dato’ Sri Rossa telah berkawan lama, jadi bila Anna ke Jakarta dan Dato’ Sri Rossa ke Kuala Lumpur, kami tak akan lepaskan peluang untuk berjumpa. Jadi, apabila pertama kali ditawarkan untuk muncul dalam video muzik Bertengkar Manis, Anna terus bersetuju.

Hubungan persahabatan antara Anna Jobling dan Dato’ Sri Rossa bukanlah satu perkara yang baru. Sebelum ini, kedua-duanya sering berkongsi momen di media sosial setiap kali mereka bertemu sama ada di Malaysia mahupun Indonesia.

Namun, video muzik Bertengkar Manis ini merupakan kerjasama pertama antara mereka berdua.

Pemilihan Anna Jobling untuk MV Bertengkar Manis ini adalah seperti yang saya bayangkan kerana perwatakan Anna sendiri. Lakonan Anna Jobling dalam MV itu sangat bagus dengan ditunjukkan melalui perasaan yang penuh emosi, dan pasti akan membuat para penonton dapat lebih mendalami erti disebalik lagu tersebut.

Anna Jobling juga menyatakan bahawa pengalaman bekerjasama buat pertama kali dengan Dato’ Sri Rossa adalah sangat mudah dan sangat kagum dengan cara pembikinan dan proses video muzik di Jakarta.

Sekadar info, video muzik Bertengkar Manis akan dapat ditonton di platform Youtube pada 28 September 2023 ini, jam 9 Malam waktu Malaysia.

SKIP THIS AD ×