berita

MV Terbaru Nyanyian Ifan Seventeen ‘Demi Tuhan Aku Ikhlas’ Undang Sebak

February 14th, 2019 | by Amat
Video Popular

Peristiwa tsunami melanda Anyer Banten, Indonesia pada penghujung bulan Disember 2018 masih segar dalam ingatan vokalis Ifan Seventeen. Umum mengetahui, bencana alam itu telah menyebabkan banyak nyawa terkorban termasuk ahli band Seventeen dan isteri kepada vokalis ini, Dyllan Sahara.

Terbaru, sebuah lagu berjudul Demi Tuhan Aku Ikhlas nyanyian Ifan Seventeen ft. Armada telah mengundang sebak apabila didengari dengan penuh penghayatan.

Demi Tuhan aku ikhlas

Lagu Demi Tuhan Aku Ikhlas nyanyian Ifan Seventeen berkolaborasi dengan Armada ini baru saja dimuatnaik di Youtube Armada Band. MV lagu ini telah mencecah 373,235 tontonan di Youtube setelah 7 jam dimuatnaik.

Lagu ini menceritakan tentang penguatan diri seseorang untuk kembali bangkit dari kejatuhan semangat ditinggalkan oleh orang yang dicintainya.

Sememangnya lirik lagu ini memberi impak yang bermakna dalam hidup Ifan Seventeen setelah kehilangan isteri tercinta dan rakan-rakan seperjuangan ekoran tsunami yang melanda Anyer Banten, Indonesia, penghujung Disember 2018.

MV Demi Tuhan Aku Ikhlas ini didahului dengan luahan perasaan buat rakan-rakan dan isteri yang terkorban dalam bencana alam itu.

Untuk sahabat-sahabat kami yang telah berpulang lagu ini kami persembahkan kepada kalian sampai bertemu kembali di syurga.

Teruntuk isteriku tercinta, Dyllan Sahara dan sabahat sepanggung, sehidup semati. Bani, Herman, Andi. We are Seventeen.

Semua kuasa dan kehendakNya

Kamu harus kuat

Sumber: Armada Band

SKIP THIS AD ×