![]()
Umum mengetahui bahawa vokalis kumpulan Seventeen, Ifan ditangkap khalwat dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Citra Monica di sebuah pangsapuri di Indonesia.
Terbaru, menerusi laporan Awani, kes tangkap khalwat yang melibatkan Ifan, digugurkan selepas pasukan pendakwa mendapati tiada bukti yang mencukupi untuk meneruskan pendakwaan terhadap vokalis Seventeen itu.
Kejadian tidak pernah berlaku
![]()
Menurut pegawai penyiasat daerah Bandung, M Rifai, hasil pemeriksaan mendapati kejadian tersebut tidak pernah berlaku dan laporan polis yang dibuat oleh bekas suami Citra terhadap Ifan juga tidak dapat diteruskan lagi.
Hasil laporan tidak mencukupi dan siasatan tidak dapat diteruskan kerana setelah pemeriksaan dilakukan, menunjukkan mereka berdua tidak melakukan penzinaan.
Pada awal Jun lalu, Peminat kumpulan Seventeen dikejutkan dengan berita Ifan ditangkap bersama seorang wanita berstatus isteri. Terdahulu, Ifan atau nama sebenarnya, Riefian Fajarsyah kehilangan isterinya Dylan Sahara dan tiga anggota kumpulannya selepas meninggal dunia dalam kejadian tsunami Anyer, Banten.
Sumber: Awani





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)