Siapa yang tidak kenal akan chef selebriti tanah air, Chef Wan. Merangkul gelaran ‘The Best Celebrity Chef in the World’ di World Gourmand 2009, ternyata bakat Chef Wan atau nama sebenarnya, Datuk Redzuawan Ismail dalam bidang masakan tidak boleh dipertikaikan.
Terbaru, Chef Wan berkongsi kejayaan terkininya dianugerahkan ijazah PhD. Bagi yang tertanya-tanya, chef yang dikenali ramai itu telah menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang seni kulinari dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Nampaknya usia bukan penghalang untuk berjaya. Luahnya, penganugerahan itu adalah hadiah terbaik buatnya yang bakal menginjak 60 tahun bulan depan.
‘My best 60th birthday present’
Dalam posnya, Chef Wan telah meluahkan rasa syukur ke hadrat Illahi ke atas penganugerahan yang diberi sambil berterima kasih kepada ibu dan arwah ayah dan anak-anaknya yang tidak putus memberikannya semangat sepanjang perjuangan menuntut ilmu.
Terima kasih tak terhingga
Alhamdulilah terima kasih kepada Allah di atas kasih sayang dan belas kasihan nya yg tidak terhingga selama ini. Both my parent and my beautiful children that have endlessly sacrifice their time for me.
This anugerah is actually for u Nadzri and Serina.
Kejayaan yang dikongsi turut menerima reaksi netizen yang rata-rata menjadikan Chef sebagai tokoh inspirasi. Ramai yang berasa kagum dengan pencapaian beliau pada hari ini yang sudah semestinya tidak datang bergolek. Pelbagai cabaran, pahit manis yang telah dilaluinya untuk sampai ke tahap ini, jadi bagi yang tahu itu, tidak hairanlah jika pencapaiannya ini dijadikan inspirasi.
Netizen kagum, jadikan inspirasi
Kami di OhBulan! mengucapkan sekalung tahniah kepada Datuk.
Sumber: Instagram Chef Wan