Pernah mempunyai pengalaman bercinta dengan rakan seindustri, pelakon, Nabil Aqil mengakui menjalin hubungan sesama selebriti bukan perkara yang mudah dan banyak cabaran.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adik Dah Mendirikan Rumah Tangga, Nabil Aqil Tak Terasa ‘Left Out’ – ‘Terasa Sunyi, Bila Malam Je Bosan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabil Aqil Idam Watak ‘Gay’, Yakin Boleh Jayakan Dengan Baik -‘Sekeliling Saya Ramai’

Bercinta sesama selebriti

Mendedahkan perasaan berputik ketika digandingkan bersama dalam sebuah drama, Nabil, 27, berkata, pengalaman itu membuatnya lebih berhati-hati untuk jatuh cinta dengan mana-mana selebriti wanita selepas ini.

Saya enggan mempunyai cinta lokasi, ada pengalaman yang kurang menyenangkan sebelum ini. Saya pernah bercinta dengan artis dan perjalanannya tidak berapa indah, hanya bertahan tiga bulan.

Kami putus sebab pelakon wanita itu berlakon dengan lelaki lain dan mereka saling tangkap ‘cintan’ (bercinta). Bercinta dengan selebriti ada cabarannya.

Saya mula jatuh hatinya dengannya ketika kami berlakon bersama dalam sebuah drama, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir kami bergandingan, selepas itu tiada lagi.

Dia buat saya sedikit serik dan saya juga lebih berhati-hati untuk berkenalan rapat dengan artis.

Nabil berkata demikian ketika ditemui di majlis bertemu peminat bersama barisan pelakon Aku Bukan Ustazah 2 yang diadakan di ibu kota, baru-baru ini.

Mengaku introvert

Bercerita lanjut, Nabil berkata, dia seorang yang tidak mudah jatuh cinta disebabkan sifatnya yang ‘introvert’ dan tidak suka bergaul.

Saya jarang berjumpa dan susah untuk berkenalan dengan seseorang. Saya seorang yang ‘introvert’ dan lebih suka duduk di rumah.

Mungkin disebabkan itu saya masih solo dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan sesiapa buat masa sekarang.

Disoal mengenai kriteria wanita idaman, Nabil menjawab, calon peneman hidupnya mestilah pandai menghormati orang lain.

Pengamalan bercinta saya paling lama adalah sembilan bulan dan paling sekejap hanya bertahan tiga bulan.

Kalau tanya saya ciri-ciri wanita idaman, cukup dia seorang yang pandai menghormati orang lain dan ‘humble’.