berita

Nabila Huda Nak Reunion Lepas Nad Sedarkan Diri – ‘Saya Dan Rakan-Rakan Lain Janji Nak Jaga Dia’

November 25th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Umum tahu keadaan Nad Zainal menunjukkan perkembangan positif apabila pendarahan di paru-parunya mula berhenti dan tahap oksigen semakin meningkat.

Hal itu membuatkan pelakon, Nabila Huda mendedahkan untuk berkumpul dan berjanji untuk menjaga Nad Zainal dengan rakan-rakan artis perempuan yang lain.

Artikel Berkaitan: Dulu Ceria Sekarang Sunyi, Ungku Ismail Luah Rasa Rindu Pada Nad Zainal -‘Tipulah Kalau Cakap Saya Tiada Hati Cuma..’ 

Artikel Berkaitan: ‘Pendarahan Paru-Paru Nad Sudah Berhenti, Bacaan Oksigen Cecah 100’ – Ungku Ismail 

Artikel Berkaitan: ‘Nad Zainal Tunjuk Perkembangan Positif, Tahap Oksigen Meningkat’ – Elvina Mohamad 

Reunion

Menerusi laporan Gempak, Nabila Huda dan beberapa rakan artis yang lain mempunyai rancangan untuk melakukan ‘reunion’ setelah keadaan Nad semakin pulih. Tambahnya lagi, dia akan lebih mengambil berat tentang tahap masalah kesihatan Nad selepas ini.

Apa yang kami nak buat pertama sekali lepas Nad sedar daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah ‘reunion’. Kami, kawan-kawan perempuan lain akan berjanji untuk menjaga dia (Nad) sebaik mungkin lepas ini.

Menurut Nabila, mereka hanya merancang kerana masih sibuk dengan kerja masing-masing yang perlu dilaksanakan. Namun, harapannya adalah rancangan mereka itu dapat dicapai.

Walau bagaimanapun, Nabila sempat berkongsi perasaannya ketika berita ini tersebar. Nabila menyatakan bahawa dia sangat terkejut dan terus menghubungi rakan-rakan artis lain untuk mengetahui keadaan Nad.

Susulan itu, Nabila berkesempatan untuk menziarahi Nad seharian di hospital dengan memberi kata-kata semangat walaupun Nad tidak menyedarkan diri ketika itu.

Sumber: Gempak

SKIP THIS AD ×