berita

Nabila Razali Buat Trend TikTok, Netizen Seloroh ‘Makin Kelakar Sejak Berkahwin’

January 23rd, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi jelita Nabila Razali telah mencuri perhatian warganet apabila videonya di TikTok menjadi tular.

Artikel Berkaitan: Nabila Razali Lupa Dah Jadi ‘Puan’, Teringin Nak Masak Sambal Jawa Khas Untuk Suami

Ini mudah

@nabila.razalii

Ini mudahhhh hahahaa

? suara asli – Rehit7738 – Rehit7738

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, dilihat sedang membuat trend TikTok di dalam kereta.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah ekspresi mukanya yang comel dan kelakar.

Dalam pada itu, di ruangan kapsyen Nabila juga menyatakan bahawa trend ini mudah untuk dibuat.

Ini mudah hahahah

‘Makin kelakar’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Nabila yang dikatakan semakin cantik selepas berkahwin dengan suaminya, Nik Iruwan.

Bukan itu sahaja, ada juga warganet berseloroh dengan mengatakan Nabila semakin kelakar sejak berkahwin.

Terdahulu, Nabila Razali sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada pukul 10.11 pagi Sabtu.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×