berita

[VIDEO] Asyraf Khalid Jadi ‘Matchmaker’ Nabila Razali & Nik Iruwan – ‘Tidak Sampai 6 Bulan Mereka Sah Bergelar Suami Isteri’

November 19th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

asyraf khalid matchmaker

Usahawan terkenal, Asyraf Khalid mendedahkan kisah cinta antara penyanyi, Nabila Razali dengan suami, Nik Iruwan Nik Izani bermula darinya yang menjadi ‘matchmaker.’

Artikel Berkaitan: Didakwa ‘Propa’, Kurang Ajar & Tak Layak Menjadi Contoh Usahawan, Ini Respon Asyraf Khalid

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Sah Jadi Isteri Kepada Ahli Perniagaan, Terima Mas Kahwin Bernilai RM22.50

Nabila & Nik masih single

Asyraf Tya Nabila Nik

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Asyraf, 31, menceritakan detik permulaan apabila dia bertanya status hubungan Nik ketika bertemu di sebuah rumah terbuka.

Kata Asyraf, soalan yang sama juga dilontarkan kepada Nabila dan dia mendapat jawapan yang kedua-duanya masih solo.

Sangat gembira untuk 2 lovebird ini. Semuanya bermula apabila kami bertemu di rumah terbuka, dan saya bertanya kepada Nik, ‘Nik, siapa teman wanita awak sekarang?’ Dia berkata, ‘Saya bujang, saya mahu selesaikan (berkahwin), tetapi saya mahu mencari gadis yang baik.’

Dua hari selepas itu, secara kebetulan, saya bertemu Bella (panggilan Nabila) di rumah terbuka lain, dan saya bertanya soalan yang sama.

Dia berkata dia masih bujang dan dia terlalu sibuk untuk mencari teman lelaki. Atas sebab tertentu, Nik muncul dalam fikiran saya, dan saya terus memberitahu Bella tentang Nik.

Kemudian, giliran suami kepada usahawan jamu, Tya Arifin pula mengadakan rumah terbuka dan dia mengambil peluang untuk memperkenalkan Nabila dan Nik kepada satu sama lain.

Nik datang tepat pada masanya tetapi sekitar jam 9.30 malam, Bella masih tidak muncul. Jadi saya menghantar gambar kami kepada Bella mengatakan kami sedang menunggunya.

Dia sangat pemalu, tetapi nasib baik dia agak rapat dengan sepupu saya, dan sepupu saya juga berjaya meyakinkannya untuk datang.

Know know kahwin

Asyraf Khalid Nabila Nik

Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Asyraf Khalid tumpang gembira melihat hubungan Nabila dan Nik ke jinjang pelamin kurang daripada tempoh enam bulan.

Tidak sampai enam bulan selepas itu, hari ini (Sabtu), mereka sah bergelar suami isteri. Mashaallah.

Pada Sabtu lalu, pelantun lagu Pematah Hati sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Bukit Tinggi, Pahang.

Dalam majlis yang bertemakan ‘English Garden’ ini, Nabila menerima mas kahwin sebanyak RM22.50, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×