berita

Nabila Razali Teman Encik Tunang ‘Racing’ Lumba Kereta?

October 8th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Nabila Razali Nik Iruwan

Status hubungan penyanyi Nabila Razali yang didakwa telah mengikat tali pertunangan dengan pelumba kereta litar Formula yang dikenali sebagai Nik Iruwan Nik Izani, 37, terus menjadi teka-teki sehingga hari ini.

Artikel Berkaitan: Nabila Razali Sudah Bertunang Dengan Bekas Pelumba Litar Formula?

Artikel Berkaitan: Nabila Razali Kunci Mulut Gosip Bertunang, Harap Semua Pihak Hormat Privasi – ‘Bila Dah Sedia, Saya Akan Umum’

Sokong encik tunang?

Nabila Razali Nik Iruwan

Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram Stories, Nik Iruwan ada memuat naik beberapa foto sewaktu dia menyertai pertandingan Asia Pacific Motorspot yang berlangsung baru-baru ini.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian apabila salah satu foto yang dikongsikan memperlihatkan seorang wanita yang dipercayai mirip dengan wajah Nabila.

Dalam foto berkenaan, wanita terbabit dilihat mengenakan baju jalur melintang dan bertudung berwarna hitam.

Tidak meletakkan sebarang kapsyen mahupun muzik latar, namun dipercayai kehadiran wanita berkenaan pada acara tersebut untuk memberi sokongan kepada Nik Iruwan.

Dalam pada itu, menerusi tinjauan OhBulan! ke akaun @doublemotorsport, Nik Iruwan yang juga ahli perniagaan dilihat menaiki podium dan memenangi tempat kedua dalam salah satu kategori yang dipertandingkan.

Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan pelantun lagu Peluang Kedua itu telah bertunang dengan Nik Iruwan dalam majlis yang diadakan secara tertutup di kediamannya.

Bagaimanapun, Nabila ketika ditemu bual pengamal media memilih untuk terus mengunci mulut dan tidak mengiyakan mahupun menidakkan dakwaan yang tular itu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×