berita

Nad Zainal Dah Pasang Niat Nak Bertudung Sejak Dua Tahun, Jadikan Noorkhiriah Sebagai Contoh

November 7th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penampilan terbaru pelakon Nad Zainal mengenakan hijab mencuri perhatian wargamaya selain menerima respon positif.

Artikel Berkaitan: Pergi Bali Atas Urusan Kerja, Nad Zainal Tepis Dakwaan Bercuti Dengan Ungku Ismail

Masih belajar

Ketika ditemui OhBulan!, Nad menyatakan sudah dua tahun dia ‘pasang’ niat untuk bertudung. Kata aktres berumur 32 tahun ini, dia kini dalam proses untuk memperbaiki diri menjadi individu lebih baik.

Saya sebenarnya memang dah lama berhasrat untuk bertudung. Keinginan untuk berhijab mula timbul sejak dua tahun yang lalu.

Saya tidak mahu cakap banyak atau bercerita mengenai penampilan terbaharu ini. Saya perlukan masa, jadi saya harap tolong berikan ruang kepada saya kerana masih ada kerja yang perlu saya habiskan tanpa imej begini (bertudung).

Saya masih lagi belajar. Mohon doakan saja yang terbaik untuk saya.

Nad berkata demikian ketika ditemui di majlis pratonton Mega Drama, Cina Buta di TGV Sunway Velocity, baru-baru ini.

Berlakon macam biasa

Dalam pada itu, pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin yakin perubahan itu tidak akan menjadi penghalang dalam karier lakonan.

Menjadikan Noorkhiriah sebagai inspirasi, dia kagum kerana pelakon itu mampu menjadi contoh kepada selebriti wanita bertudung lain.

Apapun, saya sama sekali tidak bimbang perubahan imej ini (bertudung) akan memberi kesan kepada kerjaya lakonan saya. Bagi saya, tawaran (berlakon) pasti akan ada.

Lagipun, saya yakin walaupun sudah tampil bertudung, namun masih boleh membawakan apa saja watak dalam lakonan.

Saya juga melihat kak Noorkhiriah sebagai contoh kerana dia tetap berjaya membawakan watak jahat dengan imej bertudung.

Selain Nad, Cina Buta arahan Shahrulezad Mohameddin itu turut dibintangi pelakon hebat antaranya Ungku Ismail, Aliff Aziz, Puteri Aishah, Aman Aziz, Azhan Rani, Didie Alias dan ramai lagi.

Drama Cina Buta terbitan Radius One Sdn Bhd ini akan menemui penonton pada 9 November ini jam 9 malam.

SKIP THIS AD ×