berita

Pergi Bali Atas Urusan Kerja, Nad Zainal Tepis Dakwaan Bercuti Dengan Ungku Ismail

October 12th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Pelakon, Nad Zainal menepis dakwaan bercuti bersama pelakon dan pengarah, Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz di Bali seperti yang hangat diperkatakan netizen di media sosial, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Nafi Beri Bayangan Konflik Rumah Tangga, Nad Zainal Terganggu Dengan Spekulasi – ‘Tiada Orang Ketiga!’ 

Artikel Berkaitan: Nad Zainal Bercerai, Reda Perkahwinan Hanya Bertahan Tujuh Tahun 

Atas urusan kerja

Pengakuan tersebut dibuat oleh Nad Zainal sendiri menerusi majlis pelancaran filem Denu, semalam. Ujar Nad, dia tidak pernah berniat untuk menyembunyikan apa-apa. Jelas Nad, tujuannya ke Bali adalah atas urusan kerja. Tambahnya lagi, dia tidak pergi berdua bersama Ungku Ismail seperti yang disebarkan malahan pembantu peribadinya juga turut bersama mereka.

Menerusi laporan Berita Harian, Nad dan Ungku selesa berkawan kerana banyak berkongsi cara berfikir dan mempunyai visi yang sama dalam bidang seni. Berikutan dengan itu, pelbagai projek telah dibincang untuk dijalankan bersama pada masa akan datang.

Kami tidak bercinta, jadi tiada apa yang perlu disembunyi. Saya tahu, orang dekat luar sana pun nak tengok dan kami memilih untuk bersikap terbuka.

Bagaimanapun, Nad atau nama sebenar, Farah Nadia Zainal Abidin, menyatakan hubungannya mula rapat bersama pelakon dan pengarah itu ketika penggambaran filem Cina Buta.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×