Pelakon Ungku Ismail memberitahu aktres Nad Zainal mula berasa kurang sihat sejak Jumaat lalu dan mengalami kesukaran untuk bernafas sehari selepas itu.
Artikel Berkaitan: Kemungkinan Akan Ditidurkan, Nad Zainal Dirawat Di ICU Akibat Jangkitan Kuman Di Paru-Paru
Dada rasa ketat
Memetik laporan Gempak, Ungku, 36, menyatakan Nad mengambil keputusan untuk pergi ke hospital pada Ahad dan keadaan dadanya kembali okay selepas makan ubat yang diberikan oleh doktor.
Jumaat lepas, dia bangun tidur tiba-tiba rasa nak pitam dan loya tapi tak muntah. Tapi dia pergi set penggambaran juga, waktu nak solat tu dia kata nak pergi klinik dan doktor cakap hanya asid reflux.
Jadi, dia hanya makan ubat. Tapi hari mengundi, Sabtu, kami pergi makan, dia mengadu dada rasa ketat. Susah nak bernafas dan nafas dia berbunyi.
Keesokkannya (Ahad), dia nak pergi set penggambaran tapi tak larat dan terus pergi hospital. Doktor bagi ubat dan balik sebab dada dah rasa okay.
Lakukan prosedur intubasi
Bagaimanapun, pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin dikejarkan ke unit kecemasan pada malam Isnin dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani imbasan CT.
Menurut Ungku, doktor terpaksa melakukan prosedur intubasi sekitar pukul 6 petang semalam disebabkan Nad berdepan masalah pernafasan.
Pada Isnin dia dah tak tahan sangat, malam terus pergi jumpa doktor pakar. Masuk unit kecemasan dan bila buat CT scan, doktor sahkan paru-paru penuh dengan darah.
Terus lakukan prosedur keluarkan semua darah. Alhamdulillah, prosedur itu dah selesai tapi dalam keadaan macam ini, paru-paru masih basah, bernafas pun susah.
Bila tengok pun sedih juga keadaan dia nak bernafas, doktor kata nampak dia struggle untuk bernafas. Jadi, doktor ambil keputusan lakukan prosedur intubasi sekitar pukul 6 petang semalam.
Sebab nak pam antibiotik dan ubat untuk pulihkan paru-paru dan badannya. Kita tak nak dia struggle untuk bernafas.
Dalam pada itu, Ungku baru sahaja memaklumkan pelakon berumur 32 tahun itu sedang berada dalam kritikal dan mohonnya doa daripada orang ramai.
Terdahulu Nad dilaporkan kini berada di unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Ampang Puteri, akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Sumber: Gempak