Baru-baru ini, video gelagat Yusuf Iskandar, 6, berpuasa buat pertama kali yang dikongsi oleh pelakon Hairul Azreen di TikTok mendapat perhatian netizen yang suka dengan cara didikan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yusuf Iskandar Pertama Kali Berpuasa Tarik Perhatian Ramai – ‘ I Get A Ten Thousand Pahala’
Sehari saja puasa
Ketika ditemui OhBulan, usahawan Hanis Zalikha menyatakan dia dan Hairul tidak memaksa anak mereka untuk berpuasa seperti orang dewasa.
Biarpun hanya satu hari Yusuf berpuasa namun dia berbangga dengan percubaan anak lelakinya itu menahan dahaga dan lapar sambil menahan godaan daripada adiknya, Alisa Aisyah.
Yusuf puasa hanya sehari sahaja dan itu pun puasa pada hari ketujuh. Dia sendiri yang minta nak puasa, mungkin sebab dia tengok kami puasa. Itu yang buat dia rasa nak puasa.
Tapi kami tak pernah nak paksa dia puasa atau solat. Tunggu dia bersedia nak buat sendiri. Alhamdulillah, Yusuf puasa okay saja cuma adik dia ada la datang offer makanan.
Hanis ditemui ketika majlis berbuka puasa dan pelantikan dirinya sebagai duta produk jenama Innersejuk di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Hanis memperagakan Telekung Suqainah Signature dan Telekung Suqainah Luxe, koleksi telekung sejuk berteknologi tinggi yang memberikan keselesaan tetapi tetap kelihatan cantik dan elegan ketika dipakai.
Tak garang tapi tegas
Dalam pada itu, pemilik nama Hanis Zalikha Zainal Rashid menepis tanggapan segelintir individu yang menganggap dia berlembut dalam mendidik dua anak.
Katanya, dia dan Hairul tidak garang tetapi lebih kepada perwatakan tegas terutama ketika anak-anak melakukan kesilapan.
Tak betul sangat itu kalau ada yang anggap saya ini sentiasa berlembut dengan anak-anak. Saya dengan suami sama dalam bab ini. Sebenarnya bukan lembut tapi tak juga garang. Lebih kepada tegas.
Kalau saya kata tak boleh, maknanya memang tak boleh. Cuma cara saya cakap dengan nada yang tidak tinggi. Selalunya kalau kami marah anak, sebelum tidur akan bincang balik apa kesalahan. Supaya lain kali mereka tahu apa salah dan apa nak buat.
Untuk rekod, Hanis mendirikan rumah tangga dengan Hairul pada Jun 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: Instagram @haniszalikha