Pelakon, Nadhir Nasar mengakui tiada keperluan untuknya mewujudkan akaun Threads meskipun platform media sosial itu semakin popular dan menjadi pilihan ramai ketika ini.

Artikel Berkaitan: Debut Dalam Genre Seram, Nadhir Nasar Percaya Sentuhan Liyana Jasmay Dalam ‘Pemuja Syaitan’

Artikel Berkaitan: Nadhir Nasar Jadikan Kritikan ‘Cermin’ Perbaiki Kualiti Lakonan – ‘Saya Harus Buka Hati Untuk Terima Semua Komen’

Tiada Threads

Nadhir atau nama lengkapnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 30, berkata, dia lebih selesa menggunakan aplikasi sedia ada seperti X dan tidak mahu menghabiskan terlalu banyak masa dengan pelbagai platform media sosial.

Saya hanya aktif di X, saya tiada akaun Threads. Terlalu banyak aplikasi untuk saya guna. Sejujurnya dengan masa 24 jam yang ada, tidak cukup untuk saya.

Saya tak ada banyak masa untuk bermain pelbagai aplikasi, kehidupan saya bukan hanya untuk skrin telefon, kehidupan saya di bumi nyata. Saya tak akan habiskan masa untuk perkara sebegitu. Saya bukan seorang FOMO.

Nadhir berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama terbaharunya, Bayangan Dendam yang berlangsung di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Bagaimanapun, juara Hero Remaja 2021 itu tidak menolak kemungkinan untuk membuka akaun Threads pada masa hadapan sekiranya terdapat keperluan, khususnya bagi urusan kerja.

Pada masa akan datang kita tidak tahu lah bagaimana. Sebab saya rasa fungsi Threads sama seperti X. Mungkin juga sebab saya generasi milenial yang bermula dengan X.

Dalam perkembangan lain, Nadhir membintangi drama terbaharu berjudul Bayangan Dendam bersama barisan pelakon lain termasuk Erysha Emyra, Sophia Albarakbah, Yusuf Bahrin dan Mia Nasir.

Undi di OBPVO2.0

Sementara itu, kelab peminat Nadhir yang dikenali sebagai Lucky Fighters tercalon sebagai Top 15 kategori Kelab Peminat Paling Viral di OhBulan! Paling Viral Online 2.0.

OBPVO2.0 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.

Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan OhBulan! Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi OhBulan!

Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi OhBulan! Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!