Pelakon, Nadia Brian menafikan bahawa kenyataannya sebelum ini mengenai mahu memberi peluang kedua adalah berkaitan dengan bekas kekasihnya.

Artikel Berkaitan: ‘Ada Artis Selalu Datang Lewat Tapi Tetap Dapat Tawaran Berlakon, Yang Komited Tak Dapat Peluang Sama’ – Nadia Brian

Artikel Berkaitan: ‘Bila Nak Kahwin Soalan Famous Setiap Kali Raya’ – Nadia Brian

Peluang kedua

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 35, berkata sebaliknya peluang kedua yang dimaksudkan adalah untuk memberi ruang kepada dirinya sendiri dalam menjalani kehidupan khususnya dalam soal percintaan.

Peluang kedua adalah untuk memberi peluang kepada diri sendiri untuk berkenalan dengan orang, menerima atau menemui cinta baharu.

Sudah tentu apabila meningkat umur ni kita mahu berumah tangga dan ada anak.

Kadang-kadang orang ingat, ‘Alah Nadia sudah tidak mahu (berkahwin), dah tutup hati’, tidak.

Memberi peluang kedua adalah untuk saya tapi ada orang tersalah anggap kata untuk si dialah.

Saya tidak mahulah sebut sesiapa, nanti orang kata tak move on pula.

Nadia berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di Damansara Damai, baru-baru ini.

Ketika ditanya sama ada sudah menemui pengganti, Nadia berkata pada ketika ini dia hanya selesa untuk berkawan.

Sekarang ini yang berkawan adalah, tapi yang penting (individu yang akan datang) tidak akan memberi masalah di masa depan.

Kalau boleh statusnya bujang.

Bercerita mengenai ciri-ciri lelaki yang menjadi pilihannya, Nadia berkata dia lebih mengutamakan keserasian selain mencari seseorang yang mempunyai tahap pemikiran yang sehaluan dengannya.

Mencari ciri-ciri ni saya pun ada banyak kekurangan diri sendiri.

Yang penting kalau boleh serasi dengan saya, keluarga dan kerjaya. Yang sama tahap pemikiran kalau boleh lebih lagi bijaknya.

Tapi semuanya berserah pada Allah, harapnya dapat berdoa supaya saya diberikan jodoh yang lebih baik, Insya-Allah.

Dalam pada itu, Nadia turut menasihatkan orang ramai yang sering mengalami kegagalan dalam percintaan agar tidak serik untuk membuka hati dan mencuba lagi.

Orang selalu salah anggap, ‘Oh itu untuk bagi peluang untuk bekas kekasih ke apa’.

Sebenarnya tidak, untuk diri sendiri jangan pernah takut dan hargai diri sendiri, keluarga selain orang yang tersayang.