berita

Nadia Brian Tak Serik, Sedia Untuk Kahwin Lagi – ‘Mana Tahu Kalau Saya Bertemu Jodoh Pada Tahun Hadapan’

December 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Umum tahu, rumah tangga pelakon Nadia Brian bersama ahli perniagaan, Muizz Nasruddin yang dibina pada 9 November 2019 tidak bertahan lama apabila mereka sah bercerai pada April 2021.

Tidak sampai setahun hidup bersama, keretakan rumah tangga mereka mula dihidu sejak Oktober lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Setelah Beberapa Lama Gantung Tanpa Tali Akhirnya Saya Sudah Bercerai..’ – Nadia Brian

Sedia untuk kahwin lagi

Memegang status janda, Nadia menyatakan tidak timbul istilah serik untuk mendirikan rumah tangga jika ternyata sudah ditakdirkan Allah SWT.

Kata Nadia, 30, dia tidak menolak untuk bergelar seorang isteri lagi seandainya bertemu dengan lelaki yang sesuai untuk dijadikan calon suami.

Nak kata serik, tidak juga. Mana tahu kalau saya bertemu jodoh pada tahun hadapan dan berumah tangga. Saya sedia untuk itu. Soal jodoh kita tidak tahu. Itu rahsia Dia.

Malah, pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi berkata, dia masih memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada seorang lelaki dalam hidupnya walaupun pernah melalui episod duka menerusi perkahwinan terdahulu.

Lagipun saya seorang perempuan. Siapa yang tidak mahu berkahwin dan ada teman hidup?

Nadia berkata demikian semasa ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) di Hotel Royal Chulan The Curve, Damansara, pada Rabu.

Dua filem tercalon

Dalam pada itu, menyentuh mengenai FFM31, Nadia mengakui tidak menyangka apabila filem lakonan pertamanya yang berjudul Bu, Kasih Suci yang dilakonkan sekitar lima tahun lalu tercalon.

Bukan itu sahaja, penat lelah membanting tulang berbaloi kerana filem terakhirnya, Ratu Kala Jengking tahun lalu turut tercalon pada festival sama.

Filem Bu, Kasih Suci itu merupakan filem pertama lokanan saya selepas tamat belajar dalam jurusan teater di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Memang tak pernah sangka bila dapat panggilan daripada pihak penganjur mengatakan saya tercalon bagi kedua-dua filem tersebut.

Jadi ini satu pengiktirafan bagi penat lelah saya sebelum ini. Menang kalah itu saya tak kosah dan tak fikir. Ada rezeki alhamdulillah.

FFM31 bakal berlangsung pada 10 Disember ini di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada pukul 9 malam dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 dan Youtube Finas Malaysia.

Edisi kali ini, FFM31 mempertandingkan 22 kategori termasuk enam anugerah khas iaitu Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman, Anugerah Penggiat Belakang Tabir, Anugerah Khas Juri 1, Anugerah Khas Juri 2, Anugerah Juri 3 dan Anugerah Box Office.

Pemenang Filem Terbaik akan memenangi trofi dan dana kandungan digital (DKD) berjumlah RM500,000. Manakala kategori lain akan memenangi trofi bersama wang tunai.

Sumber: Instagram @nadia.brian

SKIP THIS AD ×