Hubungan cinta yang terjalin antara penyanyi Shila Amzah dan pempengaruh, Ubai semakin menjadi bualan hangat netizen. Malah pasangan ini juga tidak kekok mempamerkan kemesraan mereka di media sosial.
Artikel berkaitan: ‘Awak Beri Saya Bahagia, Tawa & Kasih Sayang..’ – Shila Amzah
Artikel berkaitan: ‘Tunggu Ubai Buka ‘Braces’ Dulu, Baru Fikir Pasal Kahwin’ – Shila Amzah
Kami jawab betul
Terbaru, menerusi temu bual bersama pihak OhBulan! Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli memberitahu dia sudah berjumpa ibu dan ayah Shila Amzah. Menurut Ubai, hubungannya dengan ibu Shila sangat rapat.
Saya rapat dengan mak dia sendiri daripada sebuah program yang Shila masuk. Saya akan tanya sihat ke? Kami akan borak melalui telefon. Kadang-kadang mak dia minta pendapat. Saya dah jumpa ayah dia juga dan kami borak pelbagai topik. Mak dia tanya pasal hubungan kami dan saya jawab betul. Shila pun kata betul. Masing-masing terima dengan baik.
Tambah Ubai, ibu Shila iaitu Datin Fauziah Sarman gembira apabila melihat anak perempuannya bahagia sejak belakangan ini.
Mak dia gembira sangat sebab anak dia dah ada someone. Mak dia nampak Shila lain. Gembira dan bahagia bila dengan Ubai. Ubai janji jaga Shila baik-baik dan mohon doa yang baik-baik.
Disoal mengenai perancangan untuk masa hadapan, Ubai berkata dia dah Shila sudah ada perancangan, namun mereka berserah kepada Allah untuk menentukannya. Ujar Ubai, dia dan Shila mahu memberi fokus kepada kerjaya terlebih dahulu memandangkan Shila bakal mengadakan konsert jelajahnya tidak lama lagi di lima lokasi yang berbeza.
Bila jumpa dia gembira
Di samping itu, Ubai turut berkongsi mengenai penerimaan Seth Uwais mengenai hubungannya dengan Shila Amzah. Jelas Ubai, anak kecil yang berusia 4 tahun itu kelihatan sangat gembira tatkala bertemu dengannya.
Anak Shila dah pandai main bola. Saya ajak dia main bola. Bila saya ambil Sha, baru saya akan jumpa anak dia. Masa jumpa dia nampak gembira. Tunggu dia 4 atau 5 tahun baru kita boleh dengar dia cakap suka atau tak. Dia tahu saya kawan dengan mak dia.
Diminta untuk mengulas dakwaan sudah tinggal sebumbung bersama Shila, Ubai berkata dia menafikan perkara tersebut.
Kalau kata kami tinggal satu rumah, baik kahwin je. Kami ada group. Saya seorang yang menepati masa dan datang awal. Lagi dua orang tu selalu lambat. Kami akan buat live sama-sama dekat rumah Sha. Mungkin sebab itu timbul dakwaan daripada mulut orang.
Kalau korang nak tahu, rumah saya dan rumah Sha jauh. Kadang-kadang habis live saya rehat sekejap. Lagipun rumah Sha bukan ada kami empat orang sahaja. Rumah dia ada pembantu rumah dan anaknya juga.
Di akhir sesi temu bual, Ubai berkongsi bagaimana dia mendapat keberanian untuk mengenali insan bernama Shila Amzah. Jelas Ubai, komunikasi dua hala yang terjalin di antara mereka berjaya membuatkan dirinya berasa sangat selesa sehingga hubungan mereka berada di tahap ini.