berita

Nafi Scam Peniaga, Boy Iman Dedah Diri Hanya Makan Gaji – ‘Saya Bukan CEO Syarikat’

April 20th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Isu & Kontroversi

Tular di media sosial mengenai karnival Aidilfitri, Acara Hooray × Fest Raya yang dijadualkan akan berlangsung di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur pada 19 hingga 21 April dibatalkan pada saat akhir dan ditunda ke satu tarikh yang baru.

Artikel Berkaitan: ‘Kebenaran Akan Tiba Juga Apabila Sampai Masanya’ – Boy Iman

Artikel Berkaitan: Hampir 4 Tahun Pegang Gelaran ‘Dato’, Boy Iman Akur & Terima Keputusan Pihak Istana

Peniaga mengamuk

Insiden itu telah menyebabkan ramai peniaga mengamuk tanda tidak puas hati kerana telah mengeluarkan modal yang banyak sehingga mencecah ribuan ringgit untuk berniaga di karnival tersebut.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila pihak penganjur mendedahkan bahawa Boy Iman merupakan salah seorang individu yang terlibat untuk menjayakan karnival berkenaan.

Difahamkan, para peniaga bersetuju untuk berniaga di karnival berkenaan kerana mereka tidak mengetahui mengenai penglibatan Boy Iman sebagai salah seorang penganjur selain harga sewa tapak yang murah ditawarkan pihak penganjur.

@semboyankualalumpur Sedikit live siang tadi berkenaan tipu vendor/peniaga di pwtc yg sepatutnya berlangsung pada 19-21hb. Pada awalnya pihak management tidak memberitahu Boy Iman ada lah salah seorang penganjur tersebut. Memang buat hal! Kesian kepada peniaga yang dtg dari jauh & mananggung kerugian yg besar. #pwtckualalumpur #fyp #fyp? #foryoupage #semboyankualalumpur #semboyanmalaysia #boyiman ? original sound – Team Semboyan Malaysia

Boy Iman tampil pertahankan diri

Tidak berdiam diri, Boy Iman itu tampil bersuara dan meminta agar orang ramai untuk membuat carian di Google mengenai maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak mudah percaya dengan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

Dalam masa yang sama, menerusi hantaran yang dimuat naik pelakon berusia 45 tahun itu di Instagram (IG), dia mendedahkan bahawa dia bukanlah individu yang bertanggungjawab terhadap akaun, perjalanan, SOP dan tidak mempunyai kuasa ke atas sebarang keputusan yang dibuat syarikat kerana dirinya hanyalah seorang pekerja.

Saya hanyalah pekerja yang makan gaji tertakluk pada surat tawaran kerja dan surat perlantikan yang dikeluarkan kepada saya mengikut skop kerja yang termaktub disitu ditandatangani oleh saya dan CEO syarikat.

Andai saya bercakap lebih-lebih nanti saya boleh dikenakan tindakan oleh pihak syarikat kerana saya masih bekerja dalam syarikat. Sepertimana yang anda tahu dan nampak dah tular CEO syarikat saya yang bercakap bagi pihak syarikat. Malahan jenama acara ini juga telah di daftarkan diatas nama peribadi beliau.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Norul Iman A Rahman (@boyiman_dbi)

Untuk info, Acara Hooray × Fest Raya pada awalnya dijadual akan berlangsung pada 19-21 April 2023 berlangsung selama 72 jam tanpa henti di WTC Kuala Lumpur. Namun persoalan mula timbul dalam kalangan peniaga selepas tarikh karnival berkenaan dilihat berubah-ubah yang mendatangkan kemarahan kepada para peniaga yang sudah mengeluarkan modal yang banyak.

Sebelum ini, Boy Iman pernah terpalit dengan lebih kurang sama selepas didakwa terlibat dalam melakukan penipuan penjualan rumah melalui syarikat DBI Homes pada tahun 2017.

Sumber: TikTok, Instagram

SKIP THIS AD ×