Memilih gaya hidup sederhana dan tidak bermewah-mewah, pasangan selebriti Ben Ali dan Nadiyah Shahab sangat dikagumi ramai orang.
Artikel Berkaitan: Nadiyah Shahab Nak Anak Kembar, Sedia Jadi Ibu Sepenuh Masa – ‘Saya Nak Menikmati Dan Merasa Pengalaman Membesarkan Sendiri’
Jualan bisnes yang cecah juta
OhBulan! mengajukan soalan sama ada Ben dan Nadiyah sudah bergelar jutawan selepas kejayaan perniagaan Absolut Chocolat dan Absolut Event & Management Sdn Bhd.
Nadiyah, 30, menafikan tanggapan segelintir netizen yang menganggap mereka suami isteri sudah bergelar jutawan. Katanya, biarpun jualan bisnes mereka boleh mencecah jutaan ringgit namun duit itu dimasukkan ke akaun syarikat.
Tak ada la jutawan. Kalau jutawan, saya rasa tak kerja dah. Walaupun kadang-kadang jualan boleh mencecah jutaan ringgit, tetapi duit itu masuk ke akaun syarikat dan bukannya ke akaun peribadi untuk dinikmati.
Hidup macam orang biasa
Dedah pemilik nama Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, gaji bulanan dia dan Ben tidak tinggi sekadar untuk perbelanjaan tetap.
Kami juga hidup seperti orang biasa, yang setiap bulan ambil gaji dan hakikatnya gaji kami sendiri tidak lebih RM5,000. Malah ada pekerja kami yang gajinya lebih dari kami.
Bagi saya, kalau naikkan stardard hidup, saya bimbang akan terkial-kial untuk kekalkan standard itu setiap masa. Bak kata pepatah, besar periuk, besarlah keraknya.
Dalam pada itu, pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu menyatakan mereka selesa hidup tidak bermewah asalkan mempunyai simpanan untuk masa hadapan dan kecemasan.
Sumber: Instagram @nadiyah.shahab