Pelakon Nafiez Zaidi tampil bersuara susulan namanya yang turut dikaitkan dalam kontroversi membabitkan pelakon Fify Azmi yang sebelum ini mendedahkan bahan bukti mendakwa dirinya dicurangi.

Artikel Berkaitan: Nafiez Zaidi Tak Tahu Fify Azmi Putus Cinta

Artikel Berkaitan: Tak Jadi Kahwin, Nafiez Zaidi Putus Cinta Dengan Fify Azmi – ‘Bukan Isu Seksi Atau Orang Ketiga’

Nama dipetik

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Nafiez atau nama lengkapnya Abdul Nafis Abduzaidi, 34, seakan memberi bayangan dirinya menerima komen berbaur sindiran daripada netizen.

Tambah Nafiez, namanya menjadi bualan di setiap platform media sosial susulan tindakan Fify Azmi yang mendedahkan beberapa tangkap layar (screenshot) perbualan yang turut mengaitkan individu dipercayai Sarah Yasmine.

Meriah sangat harini.

Ramai yang petik nama aku dekat semua platform.

Periksa balik timeline. Letih lah.

Untuk rekod, Nafiez dan Fify pernah menjalinkan hubungan istimewa sebelum mengumumkan perpisahan selepas dua tahun bersama.

Sebelum ini, Fify menjadi perhatian ramai apabila mendakwa teman lelakinya berlaku curang.

Bagaimanapun, pendedahan tersebut mencetuskan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai identiti bekas kekasih pelakon berusia 36 tahun itu.

Sumber: Threads @nafiez.zaidi