berita

Tak Jadi Kahwin, Nafiez Zaidi Putus Cinta Dengan Fify Azmi – ‘Bukan Isu Seksi Atau Orang Ketiga’

August 9th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Nafiez Zaidi

Pelakon Nafiez Zaidi mendedahkan hubungan cinta yang telah dijalin selama dua tahun bersama aktres Fify Azmi sudah berakhir sejak Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selamba Pakai Baju Jarang Tayang Seluar Dalam Pink, Netizen ‘Tazkirah’ Fify Azmi

Artikel Berkaitan: Nafiez Zaidi Nafi Tinggal Sebilik Dengan Kekasih Di Pulau Perhentian – ‘Hanya Kami Tahu Perkara Sebenar’

Putus

Nafiez Zaidi

Ketika ditemui OhBulan!, Nafiez berkata, dia dan Fify sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Disember tahun lalu, namun terpaksa menangguhkannya atas permintaan aktres tersebut.

Ya, saya dan Fify sudah tiada apa-apa hubungan sejak raya puasa lalu. Memang betul sebelum ini keluarga saya sudah merisik Fify dan kami dah ada tarikh untuk bernikah pun.

Ikutkan perancangan asal, kami patutnya bernikah pada Disember tahun lalu. Tapi masa saya tengah jalani penggambaran filem Malbatt di Turkiye, Fify ada hubungi saya untuk minta tangguh pernikahan kami.

Masa itu, saya ikutkan sahaja kemahuan dia, tapi sejak itu juga, hubungan kami semakin renggang. Ada banyak perselisihan faham antara kami dan akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah.

Nafiez berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem lakonan terbaharunya berjudul Malbatt: Misi Bakara yang diadakan di GSC, IOI Mall Putrajaya, pada Selasa.

Dalam masa sama, Nafiez berkata dia juga sudah berusaha untuk mempertahankan hubungan mereka, namun aktres itu tetap mahu berpisah.

Malah, Nafiez menjelaskan, hubungan mereka berdua berakhir bukan berpunca daripada orang ketiga atau imej seksi Fify.

Bukan sebab orang ketiga atau penampilan seksi dia menjadi punca kami berpisah. Tapi mungkin bagi dia, tiada keserasian lagi. Saya ada juga usaha untuk pertahankan hubungan kami, tapi Fify yang berkeras untuk berpisah.

Untuk kebaikan, kita pun berpisah la. Kami masih berkawan tapi sudah lama tak berhubung. Kalau boleh, nak profesional, boleh berkawan, lepak dan bekerjasama.

Hubungan cinta Nafiez dan Fify mula diketahui umum sekitar Disember 2021 dan keluarga aktor itu dikhabarkan sudah menghantar rombongan merisik pada Jun 2022.

SKIP THIS AD ×