berita

Naik Hantu Anjing Dihalau, Warga Emas Mengamuk Serang Jiran Dengan Penyodok

March 18th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Seorang lelaki terpaksa menanggung akibat setelah diserang oleh jirannya yang berang anjingnya dihalau lelaki berkenaan.

Dalam kejadian tersebut, wanita itu turut  memecahkan tingkap pacuan empat roda jirannya selain turut memukul lekaki berkenaan dalam kejadian di Kampung Muhibbah, Sungai Siput, Perak itu.

Berlaku pertengkaran mulut

Insiden yang berlaku pada 10.30 pagi itu menyebabkan lelaki berusia 40 tahun itu lebam lengan kanan dan sudah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Siput. Laporan polis juga sudah dibuat berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Rozeni Ismail berkata, suspek merupakan seorang warga emas berusia 72 tahun.

Lelaki terbabit pulang ke rumah dan melihat dua anjing milik jirannya (suspek) berada di hadapan pagar rumahnya sebelum bertindak menghalau anjing berkenaan.

Perbuatan itu menyebabkan suspek yang melihat tindakan lelaki terbabit marah dan berlaku pertengkaran mulut sehingga suspek bertindak menyerang jirannya itu dengan menggunakan penyodok longkang.

Lelaki itu cuba melarikan diri dengan menaiki Toyota Hilux miliknya, tetapi suspek bertindak memecahkan tingkap bahagian penumpang hadapan kenderaan mangsa.

Sudah ditangkap, penyodok dirampas

Tambah Rozeni, mangsa hanya datang ke rumah itu beberapa kali sahaja kerana tinggal di rumah lain di kawasan berhampiran.

Dalam kejadian ini mangsa sempat merakam tindakan suspek yang menyerang dan memukulnya.

Wanita warga emas itu kemudian ditangkap 3 petang hari sama dan barang kes iaitu satu besi penyodok longkang juga dirampas.

Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya dirakamkan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×