berita

‘Naik Helikopter Pun Putus Juga’ – Berita Elfira-Sufian Putus Tunang Jadi Bahan Lawak

February 17th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Media melaporkan pertunangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi terputus di tengah jalan. Pengumuman itu dibuat oleh ibu Elfira dan menyifatkan jodoh pasangan itu tidak panjang. Pertemuan kedua-dua keluarga akan dibuat dalam masa terdekat, menurut laporan Berita Harian.

Berita itu mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial yang sudah mula berteka-teki dan berspekulasi mengenai hubungan mereka beberapa hari kebelakangan ini. Apa yang mengecewakan, ada yang menjadikan hal itu sebagai bahan ketawa.

Bukan main lagi haritu

Seorang pengguna twitter, Qyscha memetik satu tweet berita pengesahan putus tunang Elfira-Sufian dan mentertawakan pasangan itu. Menurutnya, walaupun sudah dibawa menaiki helikopter pun tetap putus juga. Dia juga mendakwa dia bergelak ketawa kerana Sufian tetap menginginkan Elfira walaupun sudah mempunyai teman wanita sebelum ini.

Tweet berkenaan mendapat reaksi negatif netizen lain yang berpendapat berita sedih sebegitu tidak sepatutnya menjadi bahan gurauan apa lagi digelakkan.

Takut kena kat diri sendiri je

Ramai yang meninggalkan komen kata-kata berkenaan tidak patut dibuat kerana dibimbangi akan ditimpa kepada orang yang menggelakkan mereka. Apa lagi soal jodoh dan takdir bukanlah sesuatu yang boleh dijangka oleh sesiapa pun.

Tak baik suka atas kedukaan orang lain

Dugaan bertunang ni kan besar

Kifarah is there

Sumber: Akak Pening

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×