![[VIDEO] Elfira Loy Buang ‘Introvert’, Sanggup Jadi Pelakon Demi Bantu Ibu Cari Duit – ‘Saya Buat-Buat Suka Saja’](https://media.ohbulan.com/2025/03/elfira-1313.jpg)

Pelakon dan pengacara, Elfira Loy berkongsi kisah perjalanan seni serta kehidupannya yang penuh liku dan ujian.
Artikel Berkaitan: Elfira Loy Kongsi Langkah Pertama Sebelum Berhijrah, Pakai Tudung Sebab Takut Lalai – ‘Peringatan Buat Saya’
Artikel Berkaitan: ‘Inilah Suami Saya, Takut Ada Orang Lain Lupa Dia Suami Orang’ – Elfira Loy
Elfira mula berlakon

Menerusi podcast Wardah Heart To Heart bersama hos Dayah Bakar, Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri memberitahu tentang permulaan kariernya sebagai seorang pelakon.
Sebenarnya kenapa saya mula berlakon sebab nak tolong ibu saya saja. Orang ingat saya suka berlakon tetapi sebenarnya tidak.
Masa pertama kali saya dapat bayaran, saya ingat lagi ketika itu saya buat teater. Selepas saya dapat bayaran, saya macam ‘eh dapat duit.. oh kerja ini boleh tolong ibu saya.
Mengakui dirinya seorang introvert, Elfira bagaimanapun nekad untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni demi ibu tercinta, Filzah Yusoff untuk menampung keperluan keluarga.
Walaupun saya memang tak suka berlakon dan merupakan orang yang introvert tetapi disebabkan kerja ini boleh membantu ibu, saya buat. Ibu saya pun tak tahu yang saya tak suka berlakon. Saya buat-buat suka saja.
Saya dari dulu suka pendam perasaan sebab ibu saya hanya ada saya. Kalau saya sedih, semestinya dia dua kali ganda sedih. Jadi, disebabkan itu, hati saya keras dan dibawa sampai sekarang.
Fasa terendah

Bercerita lanjut, aktres berusia 31 tahun itu berkata, dia pernah melalui fasa terendah iaitu ketika perceraian ibu dan bapanya namun sebagai anak sulung dia tetap tabah serta memilih untuk tidak bersedih terlalu lama.
Bukan itu sahaja, pengalaman putus tunang sebelum ini turut memberi kesan terhadap nama baiknya di dalam industri hiburan.
Saya tak pernah cerita dekat orang. Saya seorang yang kuat kerana melalui fasa ibu bapa yang berpisah, dalam masa sama kena besarkan adik beradik. Saya rasa itu bebanan yang kuat.
Yang lagi berat ketika saya putus tunang. Saya tak sangka orang boleh buat macam itu (dekat diri). Saya tak pernah cerita apa yang saya rasa pada masa itu. Ketika wartawan bertanya, saya diam, tak pernah cakap apa-apa. Itu perkara terbesar yang berlaku dalam kehidupan saya.
Selama saya jadi pelakon, tak pernah ada gosip seperti itu. Tetapi disebabkan kontroversi itu, orang hilang hormat dekat saya. Apa yang saya pertaruhkan untuk menjaga nama baik sebelum ini, terus bertukar menjadi sia-sia.
Rentetan episod-episod duka itu, Elfira yang juga pengguna produk Wardah, kemudian memilih untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Saya memang dari kecil kebergantungan kepada Allah SWT. Memang saya banyak cerita dekat Allah. Itu sahaja cara yang ada.
Kalau ada perkara kecil terjadi, saya akan kongsi dengan adik-beradik. Dengan ibu saya, kalau saya tak cerita pun dia akan tahu.
Tetapi hikmah yang dapat adalah saya tidak ada tempat lain yang ingin dituju. Jadi, saya banyak menghabiskan masa di masjid.
Itu menjadi titik perubahan dalam kehidupan saya. Alhamdulillah, perjalanan selepas itu saya nampak Allah bagi semua yang saya nak cuma satu saja tidak dapat.
Penghijrahan ke jalan Allah
View this post on Instagram
Dalam masa yang sama, ibu kepada dua orang anak tersebut turut berkongsi tentang perjalanan hijrahnya yang telah mendapat respon positif daripada keluarga, rakan-rakan dan juga peminat.
Saya terfikir juga apa yang orang lain fikirkan mengenai saya. Tetapi saya patut risau dengan perubahan yang dibuat kerana menjadi tunjang perjalanan saya. Dua jalur yang kita kena lalui iaitu satu untuk Allah dan satu untuk manusia. Kalau saya fikir untuk manusia saja, kesudahannya akan lupa untuk Allah.
Saya cuba untuk seimbangkan. Alhamdulillah semua pengikut di media sosial saya tidak berasa janggal dengan perubahan dibuat. Saya tahu ramai orang yang takut untuk berbuat baik kerana khuatir makan diri. Tetapi buat saja, boleh jadi kebaikan itu yang akan membantu di akhirat nanti.
Saya tahu ramai juga yang ingin berhijrah tetapi takut. Apa yang ustazah saya selalu cakap, selama mana saya buat kebaikan, saya dapat pahala. Selama mana saya tinggalkan perkara haram, saya dapat pahala.
Sementara itu, pelakon drama Di Sebalik Kasyaf tersebut turut berkongsi tentang kesanggupannya menggunakan wang dari poket sendiri bagi menganjurkan program usrah.
Saya tak nak ada perasaan saya yang miliki semua ini. Bila saya ada duit, saya nak memberi. Itu yang saya buat kelas usrah. Memang itu adalah satu perasaan yang berat. Yela.. saya penat bekerja, kenapa perlu diberikan kepada orang lain?
It’s always miracle. Apabila saya buat, saya nampak rezeki dari Allah dengan jelas.
Mungkin saya tidak dapat kasih sayang sebab dari kecil memang tak rasa dari keluarga. Disebabkan itu, apabila ada anak-anak, saya rasa sangat penting dan sanggup gadaikan segalanya termasuk karier dan masa muda. Saya nak anak-anak rasa kasih sayang sepenuhnya.








