berita

Nak Bercuti Ke Maldives Secara Berkumpulan? Ini Tips Yang Korang Wajib Baca Terutamanya Ladies!

January 4th, 2020 | by Shira
Travelogue

Hello ladies! Ni nak tanya sikit, korang pernah tak ada keinginan nak pergi travel ke luar negara secara berkumpulan dengan rakan perempuan korang? Kalau ada, mesti banyak persedian dari segi pakaian, pengangkutan dan sebagainya yang korang buat sebelum menjelangnya tarikh percutian tersebut.

Seperti seorang pengguna Facebook, Hawa Mayati ada berkongsi tips penting buat mereka yang ingin bercuti ke Maldives terutamanya buat ladies. Jom baca!

Umpama ‘syurga’ dunia

Maldives. Keindahan lokasinya tidak perlu diceritakan lagi. Segah namanya, ia umpama syurga dunia buat mereka yang gemarkan percutian di pulau dan pantai. Maldives merupakan sebuah negara yang terdiri daripada gugusan kepulauan. Sebahagiannya didiami orang tempatan dan sebahagian lagi menjadi private island. Travel ke pulau ini boleh direalisasikan secara bajet atau luxury, bergantung kepada pilihan penginapan dan aktiviti yang ingin dilakukan di sini.

Saya dan kawan-kawan pernah berpeluang ke Maldives. Kami menginap di Maafushi Island, salah satu pulau di Maldives yang didiami orang lokal. Ia menjadi lokasi pilihan bagi kebanyakan traveler atas faktor kos yang berpatutan.

Tips ke Maldives buat ladies!

Di sini saya kongsikan 7 tips untuk ke Maldives, khususnya buat ladies!
1. Tempoh ideal travel di Maldives adalah sekitar 4 hari 3 malam, atau 3 hari 2 malam sahaja. Aktiviti yang boleh dilakukan di Maldives mungkin sama seperti di pulau-pulau lain. Tempoh yang lebih dari itu boleh membuatkan kita bosan dan tepu, melainkan jenis suka tinggal di pulau.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Maldives adalah night fishing, dolphin watching, sandbank visit, private island day trip, selain daripada water activity seperti snorkeling, kayaking dan lain-lain.

2. Jika ingin travel secara berkumpulan, adalah digalakkan bilangan pax berjumlah genap. Ini kerana kebanyakan penginapan dan aktiviti yang disediakan di Maldives bagi gandaan dua. Mungkin antara sebabnya, Maldives sinonim sebagai lokasi honeymoon. Tiada hostel backpacker di sini. Percaturan awal boleh menjimatkan lagi kos-kos berkaitan.

3. Pakailah baju-baju berwarna terang dan berbunga-bunga, bagi menghasilkan gambar-gambar yang cantik dan ceria. Berjalan-jalan di tepian pantai sambil feeling melayan angin sesepoi bahasa, dengan baju flowy macam maxi dress dan skirt pun cantik juga!

Bawa perlindungan fizikal

4. Cuaca di Maldives agak panas. Aktiviti seharian di tengah lautan seperti snorkeling dan sandbank visit boleh menyebabkan kulit gelap dan terbakar. Bawalah perlindungan fizikal seperti sunblock dan aloe vera gel. Bagi menambah gaya dan keselesaan, bolehlah bawa beach hat dan shades. Kalau ada yang mabuk laut, jangan lupa bawa ubat tahan mabuk ya.

5. Ladies selalunya travel dengan macam-macam barang dan aksesori, yang sedikit sebanyak menambah muatan beg yang dibawa. Memandangkan semua itu kadang-kadang tidak boleh ditinggalkan, satu kaedah bagi mengurangkan berat beg adalah dengan cara membawa baju-baju yang ringan dan mudah kering. Sesudah dipakai, dicuci dan dikeringkan, kemudian boleh dipakai semula. Cuaca panas di Maldives sangat membantu mengeringkan pakaian anda.

Bawa bekalan siap-siap

6. Maldives merupakan negara Muslim, maka agak mudah untuk mendapatkan makanan halal. Namun begitu, harga makanan di sini agak mahal. Sesekali jika ingin merasa masakan mereka, bolehlah pergi ke cafe-cafe yang berhampiran dengan kediaman orang tempatan, untuk harga yang lebih murah berbanding di restoran. Tapi jika mahu jimat kos, bolehlah bawa siap-siap bekalan makanan dan kudapan dari Malaysia.

7. Sekiranya anda tinggal di Maafushi Island, terdapat satu kawasan yang dipanggil Bikini Beach. Pantai ini menjadi tumpuan bagi melihat matahari terbenam setiap hari. Seperti namanya, ia merupakan satu-satunya kawasan yang membenarkan tourist berbikini di sini. Tempat-tempat lain adalah dilarang.

Sekiranya ladies ingin mandi dan berenang secara privacy, bolehlah sertai kumpulan wanita dan kanak-kanak tempatan di kawasan pantai yang bertentangan dengan Bikini Beach. Sepanjang kami berada di sini, mereka melakukan aktiviti tersebut sebelum matahari terbit setiap hari. Menarik kan?

Sumber: Hawa Mayati