berita

Nak Bercuti Ke Sabah Atau Sarawak? Korang Wajib Cuba Kedai Makan Yang Halal & Sedap Ni!

December 21st, 2022 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Cepat betul masa berlalu. Kita dah hampir ke hujung tahun 2022. Korang mesti ada plan nak bercuti dengan keluarga semasa cuti sekolah kan? Antara negeri paling enjoy untuk pergi bercuti, mesti la Sabah dan Sarawak!

Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak terkenal dengan pelbagai etnik dan budayanya. Selain melawat tempat menarik, kena cuba makanan sedap di sana seperti mee kolok, laksa sarawak, ayam pansuh, bihun belacan dan lain-lain.

Tapi macam mana nak cari kedai makan yang menarik, halal dan sedap di Sabah dan Sarawak eh?

Guna aplikasi GrabFood, boleh tahu kedai makan 5-Star di Sabah dan Sarawak

Tak payah pening nak cari merata la guys. GrabFood sekarang dah ada fungsi untuk korang bagi rating dan review. Senang nak tahu kedai makan mana yang best dan menarik di Sabah dan Sarawak untuk dicuba!

Cuba korang tengok kedai makan di Sabah dan Sarawak yang kami senaraikan di bawah. Semua kedai makan ni dinilai oleh jutaan kaki makan yang hanya boleh tinggalkan review di Grabfood selepas mereka mencubanya.

Paling surprise, kedai-kedai makan ni dapat rating 5-Star di GrabFood tau. Dah dapat 5-Star, mesti sedap punya la. Terliur beb!

Antara kedai makan menarik di Kota Kinabalu, Sabah, rating 5-Star di GrabFood!

Ikan Boulu Tanpa Tulang

Pernah dengar tentang ikan bahulu atau ikan boulu tanpa tulang? Ia merupakan menu yang sangat terkenal di Kota Kinabalu. Rugi kalau datang Sabah tapi tak cuba makanan ni. Sedap oi!

  • Alamat: Lor KK Taipan 2, Inanam, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 8 malam

Borenos Fried Chicken

Ini la restoran makanan segera paling famous yang jadi pilihan ramai orang Sabah. Kalau korang berada di Sabah, khususnya di Kota Kinabalu, kedai makan ni adalah salah satu yang wajib korang cuba.

  • Alamat: Kompleks, Lot G23, Ground Floor, Jalan Asia City, Asia City, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 2 pagi

Grill Patio

Nak makan Western food? Kena cuba yang ni guys. Selain masakan tempatan, kedai makan ni popular dengan menu masakan Western yang mengiurkan. Fuh!

  • Alamat: Lorong Berjaya 4, Bandaran Berjaya, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 1 pagi

Bakso Mas Kepayan

Bakso merupakan makanan ikonik Indonesia yang kini ramai orang Malaysia sudah jatuh cinta dengannya. Nak port bakso yang padu di Kota Kinabalu? Ini kedai yang patut korang try. Serius sedap!

  • Alamat: 15, Lorong Bunga Tanjung 2, Kepayan Low Cost Housing, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
  • Waktu operasi: 4 petang hingga 11.30 malam

 

Nasi Mandi

Eh, jangan tak tahu! Sabah pun ada kedai makan yang menyediakan makanan Melayu dan Arab tau. Kalau rasa nak makan masakan Arab, kena cuba yang ni. Padu habis!

  • Alamat: Floor 27-0, Lot, Ground, 30, Lorong Plaza Kingfisher, Plaza 3, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 9 malam

 

Kedai makan terbaik di Kuching, Sarawak yang dapat rating 5-star di GrabFood, ini dia!

Noms

Kedai makan Western mana yang paling enjoy untuk hangout dengan keluarga di Sarawak? Jawapannya ni la. Makanan Western di sini memang sedap dan terbaik. Kalau dah cuba sekali, mesti nak repeat.

  • Alamat: 332, 801-2B Jalan Tun Jugah, Tun Jugah, 93350 Kuching, Sarawak
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 9 malam

 

Ayam Penyet Ria

Nak cuba makanan Indonesia yang enak rasanya dan asli resepinya? Kat sini la. Kedai makan ni wajib korang datang kalau korang teringin makan nasi ayam penyet. Ramai yang kata ayam penyet di sini memang terbaik.

  • Alamat: Lot 250 & 251 Ground floor, Section 49, KTLD, Jalan Tunku Abdul Rahman 93100 Kuching, Sarawak, Malaysia
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 10.45 malam

 

After 4 Kopitiam

Teringin makan pelbagai aneka Asian food, meh cuba yang ni. Kopitiam paling sempoi untuk lepak di Sarawak. Pilihan menunya banyak tau. Korang mesti rambang mata nanti.

  • Alamat: Lot 304-305, Mei Jun Building, Lorong Rubber 1G, Jalan Rubber, Kuching, Malaysia’
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 11 malam

 

Signature Madam Tang’s Cafe

Kafe ni ada pelbagai menu menarik resepi asli dari Sarawak. Sampai sekarang kafe ni mengekalkan keenakan rasa makanan yang disediakan. Dua menu popular mereka ialah Mi Kolok Daging dan Laksa Sarawak.

  • Alamat: Jln Menggris, Taman Sri Wangi, 93050 Kuching, Sarawak
  • Waktu operasi: 8 pagi hingga 6 petang

Nampak sedap dan pelbagai lah semua kedai makan di Sabah dan Sarawak ni. Tak sabar nak cuba dengan keluarga dan kawan-kawan bila bercuti kat sana nanti. Paling cepat dan senang, pesan guna GrabFood je guys. Boleh delivery atau self-pickup. Jimat masa!

Korang boleh tengok gambar di bawah untuk mengetahui cara-cara mencari kedai makan dengan rating 5-star di Grabfood.

Memang seronok food-hunting di Sabah dan Sarawak. Bila lagi nak merasa makanan paling sedap kat sana kan? Sekarang la masanya. Jom!

Muat turun aplikasi GrabFood untuk ketahui kedai makan 5-star di seluruh Malaysia. Untuk info lebih lanjut, korang boleh klik SINI.

SKIP THIS AD ×