berita

Nak Bercuti Tapi Tak Tahu Di Mana? Jom Ke Taman Negara Kuala Tahan, Banyak Aktiviti Menarik!

June 29th, 2020 | by Shahira
Travelogue

Taman Negara Kuala Tahan, Pahang merupakan salah satu tempat percutian yang popular dan dikategorikan antara hutan simpan paling tua di dunia.

Terbaru, Irfan Danial menerusi Group Backpakers Buddies Malaysia ada berkongsi beberapa tips dan aktiviti yang oleh dilakukan di Taman Negara Pahang Kuala Tahan ini. Menarik!

Taman Negara Pahang

Trip ke Taman Negara Pahang Kuala Tahan. Aku akan share kepada korang ultimate tips untuk pengembaraan korang ke Taman Negara Pahang ni.

Ramai yang tak tahu sebenarmya negara kita ini banyak tempat yang cantik dan rare. Maybe kita orang Malaysia tak berapa nak kisah sangat tempat-tempat pelancongan di Malaysia. Banyak gila wei tempat cantik di Malaysia antaranya Taman Negara Pahang Kuala Tahan ini selain dari pulau pulau dan gunung-gunung.

“Travel luar negara baru class. Apa barang travel dalam Malaysia.” Kata orang have have yang acah tak tahu pon dalam Malaysia banyak tempat cantik. Sementara Covid-19 ni nak reda, apa kata kita support pelancongan dalam negara pulak.

Pintu masuk ke Taman Negara

Dekat mana Kuala Tahan ni? Buat pengetahuan korang, ada beberapa entrance utama untuk masuk ke Taman Negara. Antaranya Kuala Tahan (paling popular), Sg Relau Merapoh, Kuala Koh Kelantan dan Tanjung Mentong Terengganu. Kuala Tahan Terletak Di Daerah Jerantut, Negeri Pahang. Antara Hutan Tertua Didunia dan Berusia Lebih 130 Juta Tahun tau.

Cara pertama ialah Jalan Darat (Drive terus sampai sini). Ada rangkaian jalanraya ber tar. Boleh drive kereta anda dan parking betul-betul area penginapan di Taman Negara Kuala Tahan. Google/waze Kg. Kuala Tahan dan itulah lokasi sebenar. 3 Jam drive Dari Kuala Lumpur! Melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) – Exit Temerloh – Jerantut – Taman Negara

Cara kedua melalui jalan air (Menaiki bot dari Kuala Tembeling – 3 Jam setengah naik bot). Parking kereta anda di Jeti Kuala Tembeling dan ambil tiket pergi dan balik. Lebih kurang RM40/hala. Masa bot bertolak 9.00 pagi dan 1.30 petang.

Jadi korang pilih la yang mana mengikut kesesuaian. Kalau bagi aku, maybe aku tak naik bot tu kot sebab bila sampai di Kuala Tahan ada juga aktiviti naik bot. Fikir fikir kan lah.

Bayaran masuk dan tiket

– Permit Masuk RM1/Org (Sah 1 Bulan)
– Lesen Kamera RM5/Kamera (H/p berkamera juga dikenakan bayaran)
– Tiket Canopy Walkway (Titian Gantung) RM5 (Dewasa) RM3 (Kanak-kanak)
– River Crossing Boat RM1/Org/sehala
– Orang Asli Donation RM5/Org
– Rod Pancing RM5/Rod.

Yang camera tu aku rasa macam pelik sikit. Sebab apa ye kena bayar bila bawa kamera? Sebab kalau dia nak charge pon, handphone kita pon ada camera. Acano tu? Hahaha. Harga pakej pakej aktiviti lain korang boleh survey nanti.

Aktiviti dan penginapan

– Rapid shooting. Aktiviti ni serius best. Bukan main tembak tembak pistol tau.Dia lebih mcm lumba lumba antara bot gitew. Kita akan menyelusuri sungai berlawan arus dan main cucuk cucuk macam cerita fast furios tu.

– Canopy Walkway. Ini yang terpanjang dan tertinggi di dunia. LEbih kurang 500 meter panjang dan 50 meter tinggi dari permukaan tanah.

– Perkampungan orang asli. Kalau korang ambil pakej rapid shooting, korang boleh pergi ke kg orang asli Batek. Ini memang asli bukan celup celup punya. Pembawa bot aku bagitau yang kerajaan ada sediakan rumah batu untuk diorang,tapi diorang tak tahan dan lari balik masuk hutan dan buat kampung lain pulak. Maybe dah biasa duduk hutan. Kalau korang ke kg orang asli cuba jangan bagi duit kat diorang tapi cuba bagi rokok atau curut atau arak, insya allah ada senyum di muka diorang.

– Jungle Trekking. Dekat sini ada laluan trek. So korang boleh jungle trekking. Siang boleh malam pon boleh.

– Teroka Gua. Kat sini ada dua gua antaranya gua Telinga dan gua Jinjang Pelamin. Kena naik bot dulu dari Kuala Tahan dan kena trekking dalam 40 minit untuk ke gua ni.

Aktiviti lain

– Lata Berkoh. Air terjun ini sangat adventure dan best. Siapa yang pandai berenang tu boleh ke sini sebab airnya dalam.

– Santuari ikan kelah. Korang kena naik bot untuk ke sini. Boleh main dan memberi makan kat ikan kelah sebab ikan ni jinak. Memang rare.

– Restoran terapung. Di Kuala Tahan korang boleh mencuba makanan di restoran terapung. Boleh makan ikan darat antaranya ikan patin dan jelawat.Tapi korang kena tanya dulu harga sebelum makan sbb boleh jadi ikan ikan tu harganya sangat mahal. Jangan Lupa Asam Rom Ikan Kenerak & Menu Patin sungai!

– Bermalam di Bumbun. Bermalam di bumbun untuk memerhati hidupan liar yang melawat kawasan jenut berhampiran. Bayaran RM5.00 setiap seorang dikenakan bagi satu malam. Tapi aku tak yakin yang korang boleh nampak harimau, gajah beruang dan sebagainya.

– Memancing. Korang kena cuba pengalaman aktiviti memancing di Sungai Keniam. Korang juga boleh berkhemah di tapak perkhemahan di Kuala Perkai.

Penginapan bermula dari tapak perkemahan sehinggalah Resort Bertaraf 3 Bintang! Cuma perlu booking awal! Pastikan anda tidak kecewa terutama di cuti umum dan cuti weekend!

Tips tambahan

1. Tiada ATM dan bank-bank di Taman Negara (Kuala Tahan). Tempat terakhir untuk mengguna ATM sebelum tiba di taman negara adalah di Jerantut. Tiada Petrol pump disini. Pastikan minyak sucukupnya dan isi ‘full tank’ dari Bandar Jerantut sebelum meneruskan perjalanan ke sini.

2. Sesetengah line telefon tidak dapat digunakan di Taman Negara. Beberapa resort menawarkan internet untuk kadar setiap jam. Tak silap aku ada gak yang bagi free!

3. Buat tempahan awal untuk penginapan dan tour di sini. Atau yang jenis kaki redah tu, korang boleh je walk in kat kedai excursion and tour kat kuala tahan tu. Boleh survey dan banding-banding kan harga.

Sekian perkongsian dari saya. Untuk maklumat lanjut korang boleh google dan tanya kan harga di internet. Jangan tanya aku sebab aku bukan agent tau. Aku just nak promote tmpat pelancongan di Malaydia saja. Memandangkan kita tak boleh nak travel ke luar negara, apa salahnya kita support pelancongan dalam negara kan.

Sumber: Irfan Danial (Backpakers Buddies Malaysia)

SKIP THIS AD ×