Bagi peminat band popular dunia, Coldplay pastu ianya satu ‘peperangan’ bagi mendapatkan tiket konsert yang bakal dilangsungkan pada 22 November depan ini.
Susulan itu, Ratu Jazz Negara, Datuk Sheila Majid tampil bersuara berkenaan isu ‘ulat tiket’ yang menjual dengan harga yang lebih mahal.
Artikel Berkaitan: Demi Konsert Coldplay, Pemuda Sanggup Jual Peti Sejuk & Telefon Bimbit Nak Beli Tiket Paling Mahal
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Don Kongsi Punca Depresi, Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ – ‘When You Get What You Want ..’
Jangan beli kalau ‘tak serious’
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Sheila meluahkan rasa berang terhadap individu yang menjual tiket dengan harga jualan yang keterlaluan tinggi berbanding harga asal.
Berdasarkan perkongsian itu, Sheila meminta untuk tiada individu yang termakan dengan strategi sebegitu.
Lain kali kalau tak serious nak pergi, jangan sibuk berebut nak beli tiket juga. Kalau nak buat duit lebih pun, bukan macam ni caranya.
Orang yang betul-betul minat nak tengok tak dapat beli tiket pasal orang-orang yang ambil kesempatan macam ini.
Jangan beli dari mereka.
Difahamkan, harga asal tiket tersebut bagi area 7 adalah RM228. Namun begitu, individu tersebut memilih untuk menjual tiketnya dengan harga RM300.
Sumber: Instagram @missmajid