berita

Nak Bunuh Seekor Labah-Labah, Lelaki Jadi Punca Kebakaran Hutan 16 Hektar

August 4th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Dalam cubaan membakar seekor labah-labah, seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) secara tidak sengaja menjadi punca kepada satu kebakaran besar di Springville, Utah, Amerika Syarikat.

Suspek miliki ganja

Dalam kebakaran yang berlaku lebih kurang pukul 5 petang waktu tempatan itu, padang rumput seluas 16.18 hektar telah musnah terbakar.

Menurut pegawai di tempat kejadian, kebakaran itu cukup besar sehingga tidak mampu untuk dikendalikan anggota bomba tempatan, lalu telah mendapatkan bantuan beberapa jabatan berdekatan.

Pejabat Syerif Daerah Utah memaklumkan bahawa seorang lelaki yang disyaki memulakan kebakaran itu telah ditangkap dan memberitahu bahawa dia telah menggunakan pemetik api untuk membakar seekor labah-labah.

Selepas ditahan, pemeriksaan terhadap barang-barang suspek menemui ganja dan peralatan dadah yang berkaitan di dalam beg galasnya, dan dia kini sedang menunggu perbicaraan mahkamah atas tuduhan memiliki dadah dan membakar secara melulu.

Kami tidak tahu mengapa dia berbuat sedemikian. Dia telah ditangkap dan kini ditahan di penjara atas pertuduhan berkaitan kebakaran.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×