Pelakon, Sherry Ibrahim meluahkan rasa simpati terhadap segelintir peminat kumpulan K-pop terkenal, iaitu BTS yang didakwa menjadi mangsa penipuan dalam urusan penjualan tiket konsert.

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Kongsi Kisah Sedih Atau Kelemahan Kita Pada Lelaki Yang Tak Berapa Kenal’ – Sherry Ibrahim

Artikel Berkaitan: Cecah Usia 42 Tahun, Sherry Ibrahim Sedia Berkahwin – ‘Saya Tidak Mempunyai Banyak Masa’

Bukan mudah nak cari duit

Menerusi satu hantaran di Threads, Sherry atau nama penuhnya Syarizad Ibrahim menitipkan nasihat kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya, khususnya dalam urusan yang melibatkan kewangan.

Tambah Sherry lagi, orang ramai tidak seharusnya mudah mempercayai sesiapa apabila melibatkan urusan kewangan kerana terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup mengambil kesempatan demi kepentingan peribadi.

Kesiannya Army yang lain kena scam.

Tolong jangan percaya bila perkara itu melibatkan duit.

Jangan mudah terpedaya.

Ramai sangat orang yang sanggup menipu orang.

Tolong hati-hati.

Dalam masa sama, aktres drama ‘Eksperimen Cinta’ itu mengingatkan bahawa bukan mudah untuk mencari dan mengumpul wang bagi membeli tiket konsert kumpulan K-pop berkenaan.

Nak cari dan kumpul duit bukan senang.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Sumber: Threads