berita

Nak Cari Rumah Di Google Maps, Tak Sangka Terjumpa Arwah Ibu Tengah Berjalan. Sedihnya…

September 17th, 2020 | by Amat
Video Popular

Pemergian seseorang yang disayangi terutamanya keluarga sendiri, pasti meninggalkan kesan buat kita sebagai seorang anak. Seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Lediaelan, telah memuatnaik video di aplikasi TikTok ‘terjumpa’ arwah ibunya yang telah meninggal dunia empat tahun lalu. Sebaknya tengok video ini…

Sebaknya…

@lediaelanthanks for the 3.7M viewers????##fyp ##viral ##fyp?? Surrender – Natalie Taylor

Sebelum ini, difahamkan Lediaelan ingin berkongsikan gambar rumah lama yang pernah ditinggal mereka sekeluarga sebelum berpindah kepada pengikut di laman TikTok. Dia mula mencari kedudukan rumah lamanya itu melalui pencarian di Google Maps.

Tetapi tidak sangka pula pada akhirnya dia ‘terjumpa’ arwah ibunya yang kelihatan tengah berjalan ke sesuatu lokasi. Remaja ini juga meluahkan rasa sedih dan sebak kerana diberi kesempatan menatap wajah ibu.

Tiada foto ibu dalam telefon

Tambahnya, dia sudah tidak mempunyai kenangan foto atau video ibunya kerana telefon pintar telahpun hilang. Video sayu ini telah berjaya meraih 3.7 juta tontonan di aplikasi TikTok dan rata-rata pengikut juga sebak menonton vidoe tersebut.

Sumber: TikTok Lediaelan

SKIP THIS AD ×