berita

Nak Dapat Duit Dengan Mudah, 4 Sekawan Reka Cerita Palsu Tuntut Duit Insurans Hampir RM 1 Juta

June 10th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Kompas

Tindakan empat lelaki membuat cerita palsu, mereka mengalami kemalangan jalan raya bagi menuntut wang insurans berjumlah tiga bilion rupiah (anggaran RM911,000) di Desa Muspika Sari, Mustika Jaya mengundang padah apabila mereka ditahan oleh pihak polis.

Demi wang insurans

Foto: Kompas

Menerusi laporan media tempatan, suspek dikenali sebagai Wahyu Suhada, 35, Abdul Mulki, 37, Dena Surya, 25 dan Asep Riak, 35, dipercayai membuat laporan palsu bagi menuntut wang insurans dalam jumlah yang begitu banyak. Ujar Ketua Polis Metro Bekasi, Gidion Arif Setyawan empat sekawan ini telah merancang senario kemalangan dan membuat laporan palsu bagi mendapatkan tuntutan kemalangan insurans nyawa.

Jeas Arif lagi, Wahyu merupakan dalang di sebalik tuntutan palsu tersebut dan merancang dirinya telah dilanggar sebuah kereta jenis Fortuner ketika membawa motosikal sebelum dirinya tercampak ke sungai Kalimalang.

Kita dapati Wahyu tidak hilang di sungai itu dan dimasukkan dalam daftar pencarian orang (DPO).

Sehingga 5 Jun lalu, Wahyu masih hidup dan berada di sebuah tempat, namum belum dapat dipastikan lokasinya.

Difahamkan cerita palsu itu bermula apabila Wahyu bersama Abdul bertindak melintas semasa sekatan jalan yang berada di kampung berkenaan. Bagaimanapun, semasa melintas jalan mereka dikatakan berpura-pura dilanggar sebuah kereta dan Abdul bertindak terjun sendiri ke dalam sungai.

Mengaku membuat laporan palsu

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada itu, dua suspek yang lain bertindak menjadi sebagai saksi dan tampil membuat laporan polis mengenai kemalangan palsu yang berlaku.

Selepas menerima laporan itu dan kita tidak berjaya menemukan Wahyu di dalam sungai, pihak polis mula berasa sangsi dengan laporan tersebut. Hasil penyiasatan mendapati kejadian kemalangan itu sebenarnya direka sendiri oleh Wahyu.

Bercerita lebih lanjut, kesemua suspek akhirnya mengaku mereka membuat laporan palsu mengenai orang hilang dan lemas di dalam sungai bagi mendapatkan faedah kematian bagi insurans nyawa.

Sumber: Kompas

SKIP THIS AD ×