berita

Nak Dapatkan Badan Slim? Jom Cuba 3 Resepi Wajib Cuba Dari Oat Ni!

March 2nd, 2018 | by Shafika
MyResipi

Mengamalkan gaya hidup sihat bukan sahaja bergantung kepada aktiviti senaman tetapi juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan yang sihat. Berdiet adalah salah satu cara untuk membantu kita mendapatkan makanan seimbang sekali gus dapat mengawal berat badan agar tidak berlebihan.

Kalau korang sedang berusaha menurunkan berat badan, tiga resepi bubur berasaskan oat ini adalah menu wajib yang boleh korang cuba!

‘Bubur oat tomyam’

Korang yang memang suka jadikan oat sebagai ganti kepada nasi boleh cuba resepi ni. Sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Paling penting sekali resepi ini boleh bantu mengenyangkan perut tanpa risau risiko kegemukan. Korang boleh cuba resepi ini untuk hidangan makan tengah hari atau malam.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/bubur-oat-tomyam

‘Bubur oat ayam’

Biasanya korang akan jumpa bubur nasi ayam je kan untuk sarapan pagi? Apa kata untuk berdiet, korang tukar sikit menu sarapan pagi korang dengan bubur oat ayam ni. Selain dapat memberi kelainan, korang boleh dapat makanan sihat dan bertenaga untuk mulakan pagi korang yang sibuk. Admin pernah cuba resepi ni, mudah sangat nak sediakan.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/bubur-oat-ayam

‘Bubur oat kurma dan kismis’

Seperti yang diketahui umum, kurma dan kismis merupakan antara makanan sunah yang boleh membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Selain dimakan begitu sahaja atau dijadikan minuman dan bahan sampingan dalam menyediakan kek, kedua-dua bahan ini juga boleh digabungkan didalam bubur oat. Oat mempunyai pelbagai khasiat seperti kalsium, protein, magnesium dan lain-lain yang baik untuk badan. Jadi, kalau korang tengah berdiet sekarang menu ini khas untuk korang!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/bubur-oat-kurma-dan-kismis

Sumber: myresipi

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×