berita

Nak Dengar ‘Feedback’ Penonton, Ini Sebab Khairul Aming Shooting Resipi Setiap Hari Sepanjang Ramadan

April 21st, 2021 | by Amat
Kini Trending

Seperti biasa, apabila Ramadan menjelma, pasti selebriti media sosial iaitu Khairul Aming akan menyediakan 30 resipi makanan dan minuman buat rujukan umum. Lebih menarik lagi, video yang dikongsinya itu pasti membuatkan si penonton terliur.

Namun bagaimanapun, ada segelintir netizen kurang senang dan turut menyoalkan pembikinan video perlu diselesaikan sebelum Ramadan supaya dapat merehatkan diri di bulan mulia ini. Tapi bagaimanapun, Khairul Aming ada jawapannya tersendiri…

Kenapa tak record sebelum puasa?

Segelintir netizen di laman Twitter mempersoalkan mengenai proses produksi rakaman video masakan yang dibikin Khairul Aming. Rata-rata mereka turut mencadangkan agar selebriti media sosial itu melakukan rakaman video masakannya sebelum bulan Ramadan agar ianya nampak lebih tersusun dan tidka meletihkan.

Namun bagaimanpun, Khairul Aming tampil memberi penjelasan di ruangan komen tersebut dan mengakui sesetengah resipi telah dirakam sebelum bulan puasa. Tetapi selalunya, dalam bulan Ramadan juga dia dan pasukannya akan melakukan banyak rakaman, suntingan dan sesi voice over mengambil kira reaksi atau kritikan penonton pada video sebelumnya.

‘Tak suka record semua awal-awal’

Tambahnya lagi, dia juga melihat dari aspek teknikal termasuk platform IGTV di mana turut memberi kesan kepada faktor tontonan yang tinggi. Malah, penghasilan video masakannya turut dirakam semula dalam format kamera 4K dan secara frame menegak supaya kelihatan lebih berkualiti.

Sumber: Khairulaming

SKIP THIS AD ×