Pelakon Adam Corrie Lee antara artis yang gemar berkongsi kisah mengenai perjuangan dakwah di media sosial. Malah, dia antara artis yang mendapat perhatian netizen atas kisah penghijrahannya sebagai muallaf sebelum ini.
Terbaru, niat dakwahnya itu disalah taksir netizen yang menyifatkan tindakan perkongsian ilmu tersebut hanya untuk meraih populariti. Kata-kata negatif netizen itu dilemparkan menerusi akaun Twitter Adam Corrie.
‘Nak famous ke?’
Tak perlu tubuh parti politik untuk bantu mualaf.
Buat apa ada parti politik.. kalau diri sendiri pon tak boleh bezakan yang baik dengan tak baik (saya cakap pasal diri saya)
.
Minta maaf ? lah kalau tak boleh bagi pandangan dan berkongsi pengalaman sebagai mualaf. Ramai mualaf perlukan bimbingan , jadi saya bantu setakat yang saya tahu dan mampu sahaja ?
.
Semua sahabat Rasulullah SAW orang yang dulu agama lain kemudian syahadah ?
.
Nak famous? Tak perlu kot.. biarlah Allah sahaja yang nilai. ?
.
“Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah maka tidak seorangpun yang boleh menyesatkannya. Sebaliknya, siapa yang disesatkan oleh Allah maka tiada seorangpun yang boleh memberinya petunjuk.” (HR. Ahmad, Abu Daud, at Tirmidzi dan lainnya)
.
senyum selalu, ?
selalu bersangka baik ?
insyaAllah hati tenang.?
.??? politik & ?? spammer
@kembaraiman.saudarabaru#orangTuaBerbicara#dahSenja
#adamcorrie#sayaBukanUstazSayaArtis#cinaMuslim
Kapsyen ini dikongsi menerusi lama Instagram beserta status kata negatif netizen yang dilemparkan kepadanya. Ini respon Adam Corrie yang sempat dikongsi menerusi laman Twitter miliknya.
‘Ramai muallaf perlukan bimbingan’
Sumber: Adam Corrie