berita

‘Nak Jadi Sangat Pelakon Kan?’ – Penampilan Keisha Persis Nabila Huda Di FFM30 Tarik Perhatian

April 2nd, 2019 | by Amat
Kini Trending

Ramai beranggapan anak perempuan Nabila Huda iaitu Keisha Laila bakal mengikut jejak ibunya dalam dunia lakonan. Tambah pula, apabila melihat Keisha ditemani Izwan Johar menggantikan Nabila Huda mengambil trofi kemenangan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di malam Festival Filem Malaysia 30, tempoh hari.

Pelakon Makrifat Cinta itu kongsi detik-detik persiapan Keisha sebelum menghadiri malam gemilang FFM30.

Keisha Laila mencuri perhatian ramai

https://www.instagram.com/p/Bvu-QwZF80d/

Keisha Laila mencuri perhatian ramai apabila tampil berpakaian kebaya tradisional Melayu seperti yang selalu digayakan oleh Nabila Huda. Pelakon ini turut kongsi detik ketika Keisha dipersiapkan seperti jelmaan Nabila Huda.

Dia jadi jelmaan Nabila Huda malam itu

https://www.instagram.com/p/BvvJenBJ8NG/

Nabila turut meluahkan rasa terharu apabila melihat suami dan anak naik ke atas pentas dan membuat ucapan penghargaan mewakili dirinya. Nabila turut kongsi perbualan pendek antara suami dan anaknya di belakang pentas, ditemuramah wartawan hingga lewat malam membuatkan Keisha merasai kepenatan.

Begitu diperkatakan Izwan Johar kepada anak tirinya akan penat lelah dan pengorbanan seorang aktor seperti Nabila Huda untuk mencari rezeki buat mereka sekeluarga.

Memang nampak muka dia penat

Baca sambil air mata berlinang

Sumber: Nabila Huda

SKIP THIS AD ×