berita

Nak Jaguar Tapi Keluarga Hadiahkan BMW, Lelaki Ini Protes ‘Buang’ Kereta Dalam Sungai

August 13th, 2019 | by Shira
Kini Trending

Tindakan seorang pemuda yang berasal dari India telah mendapat perhatian warganet apabila dikatakan tidak berpuas hati dengan hadiah kereta BMW yang diberikan oleh kedua ibu bapanya .

Menerusi laporan The Times of India, seorang pemuda iaitu Akash, dari Haryana, India telah membuat keputusan untuk membuang kereta BMW M3 yang diterima sempena ulang tahun kelahirannya ke dalam sungai.

BMW M3 dibuang dalam sungai…

Tindakan berani itu dilakukan kerana tanda protes dengan ibu bapanya kerana tidak membelikan kereta Jaguar seperti yang diminta malah membeli BMW M3. Selepas menolak kereta itu ke dalam sungai, Akash telah merakam video dan menghantarkan kepada kedua ibu bapanya.

Rakaman video menunjukkan kereta BMW tersebut terapung di dalam sungai sebelum ia tersangkut pada tebing rumput.

Mengalami masalah psikiatri…

Kereta BMW dikatakan mencecah antara kira-kira 3.5 juta Rupee (RM206,167) manakala Jaguar adalah lebih mahal kira-kira 5 juta Rupee (RM294,521).

Pegawai Polis Chhachhrauli, Mukesh Kumar berkata sebelum ini, Akash dihadiahkan kereta Toyota Innova oleh keluarga mertuanya tetapi telah dijual oleh ibu bapanya untuk membel BMW. Walau bagaimanapun, ibu bapanya telah menunjukkan laporan perubatan yang menunjukkan bahawa Akash mengalami masalah psikiatri.

Walau bagaimanapun, bapa Akash iaitu Sanjeev Kumar percaya bahawa kejadian yang berlaku itu adalah disebabkan anaknya ingin mengelak daripada melanggar kijang di jalan raya.

Kami ada dua buah kereta iaitu BMW dan Swift. Anak saya tak pernah minta dibelikan kereta Jaguar.

Kereta itu juga dipercayai berjaya dibawa keluar selepas beberapa jam dengan bantuan penyelam, penduduk kampung dan jentera.

Sumber: The Times of India, Uttarakand Post