berita

‘Nak Jumpa Jom, Tetapi Secara Berhemah’ – Sajat

January 16th, 2018 | by Wan
Isu & Kontroversi

Semalam, khabarnya pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyampaikan hasrat untuk berjumpa usahawan kosmetik, Nur Sajat. Hasrat itu disampaikan menerusi satu surat terbuka di Facebook oleh pegawai Jakim, Dr Izwan Yusof susulan isu keliru jantina usahawan berkenaan yang sekali lagi menjadi masyarakat baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Jakim Luah Hasrat Jumpa Sajat, Sedia Bantu Isu Keliru Jantina

Terbaru, Sajat tampil menjawab ‘panggilan’ pihak berkenaan menyatakan beliau sedia berjumpa Jakim berhubung isu berkaitan dirinya hanya jika sesi ‘perkenalan’ itu dilakukan secara berhemah untuk kebaikan semua.

Boleh hubung terus dengan saya, kenapa surat terbuka

Setakat ini, Sajat tidak mendapat sebarang maklumat daripada P.A (pembantu peribadi) berhubung pertemuan berkenaan. Kalau orang nak cari Sajat, ada je kat Wisma Nur Sajat ni.

Sepatutnya kalau dia (pihak Jakim) nak jumpa Sajat, dia boleh terus berhubung dengan Sajat sendiri atau dengan P.A (pembantu peribadi), bukannya dengan mesej terbuka macam tu.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha turut meluahkan persetujuan untuk megadakan sesi tersebut bersama Sajat.

Sebelum ini, usahawan kosmetik itu berkata tidak pernah ambil pusing dengan kecaman yang tohmahan yang dilemparkan masyarakat kepadanya. Isu kekeliruan identitinya terus-menerus menjadi perhatian netizen dan berhubung perkara ini, Sajat berkata, tindakan segelintir pihak sekadar dengki dengan kejayaannya.

Berani kerana benar?

Menempatkan dirinya di pihak yang benar, Sajat menjelaskan tiada yang perlu dibimbangi tentang pertemuan dengan pihak Jakim.

Saya sedia berjumpa dengan Jakim tapi biarlah ia dibuat secara berhemah. Kalau elok antara kedua-dua pihak, kenapa tidak?

Kita boleh berjumpa, tak ada masalah pun. Sajat tahu di pihak yang benar, bukannya buat kerja-kerja yang tidak elok.

Sumbe: Mstar

SKIP THIS AD ×