Wanita dan skincare memang tak dapat dipisahkan! Sifat wanita yang ingin kelihatan cantik memang tidak dapat dinafikan lagi namun keadaan wajah yang kering, kusam dan berjerawat menyebabkan ramai wanita diluar sana kurang keyakinan diri.
Tak perlu ke spa atau membelanjakan banyak duit pada produk yang mahal hanya untuk dapatkan kulit yang cantik tapi hanya gunakan lotion dan Booster Serum je, confirm masalah korang akan selesai.
Bila kulit dah sihat baru senang nak make up untuk sambut tahun baru nanti kan? Min tau korang kadang-kadang ada masalah make up yang nampak ‘crack/cakey’ sebab kulit kering tapi jangan risau sebab min akan tolong korang.
Jom min kongsikan tips terbaik yang mampu membuatkan membuatkan kulit wajah korang flawless dan glowing ala-ala Miss World. Tak sabarnya!
Manfaat Hydrating Lotion dan Booster Serum untuk kulit wajah
Ramai yang ingat fungsi Hydrating Lotion dan Booster Serum ni hanya untuk memberikan kelembapan je kan? Sebenarnya korang tak salah pun tapi dua bahan ni ada kelebihan masing-masing yang akan membuatkan kulit wajah kita nampak flawless dan sentiasa glowing.
Mesti korang nak tahu apa kan?
Kebaikan menggunakan Hydrating Lotion pada kulit ialah :
1. Melembapkan Kulit
Korang tahu tak, penggunaan Hydrating Lotion selain toner mampu memberikan kelembapan yang lebih baik untuk kulit wajah.
Bila kulit kita dah cukup lembab barulah ia akan membuatkan kulit kelihatan lebih sihat, licin dan lembut.
2. Mengecilkan Saiz Pori
Liang pori ini bukan hanya terdapat pada wajah, tapi pada seluruh badan tau. Apa yang korang kena lakukan adalah mencari produk untuk mengecilkan pori tersebut.
Bukan apa, liang pori yang kelihatan lebih besar boleh tersumbat dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan jerawat.
Jadi korang memang wajib menggunakan Hydrating Lotion dalam rutin skincare korang untuk mengawal minyak dan mengecilkan liang pori sekaligus menjadikan kulit lebih lembut dan licin.
3. Seimbangkan Minyak & Air Di Kulit Wajah
Faktor cuaca, makanan dan tekanan persekitaran banyak memberi kesan pada kulit wajah. Kalau kulit kita sangat berminyak memang senanglah breakout. Itu yang stress!
Bila dah breakout lambat pulak tu nak baik kan? Jadi penggunaan Hydrating Lotion untuk kulit wajah sangat membantu sebab ia mampu menyimbangkan minyak dan air di kulit wajah kita tau.
Tak percaya? Haa…jangan risau sebab min dah try dan serius guys jarang kulit wajah min breakout sekarang.
4. Meningkatkan Keserian Kulit
Mesti best kan bila ada orang puji “cantiknya kulit” atau “makin berseri lah kulit sekarang”. Kalau lah ada orang puji min macam tu memang senyum sampai ke telinga lah cerita dia.
Penggunaan Hydrating Lotion memang sudah terbukti mampu menyerikan kulit wajah tau. Maklumlah ia mampu membuatkan kulit wajah kita lebih anjal dari biasa. Toink toink!
Wahhh excited nya nak dapatkan kulit yang gebu macam ni. Baru confident nak sambut tahun baru macam ni!
5. Meningkatkan Penyerapan Produk Penjagaan Kulit
Tak kira lah semahal mana pun produk yang kita gunakan, pasti sia-sia jika kulit kita gagal untuk menyerap segala nutrien yang ada didalamnya.
Sebab itu lah, Hydrating Lotion ni merupakan satu langkah yang pertama untuk dapatkan kulit yang flawless dan glowing sebab ia mampu menyerap kelembapan untuk jadikan kulit kita lebih sihat.
Sejujurnya, selepas min jadikan Hydrating Lotion sebahagian dari rutin skincare min memang kulit terasa licin lembab dan tidak mengering. Kulit berminyak makin berkurang dan liang pori juga nampak sedikit mengecil.
6. Make up Tahan Lebih Lama Dan Tidak Bercapuk
Keadaan wajah yang berminyak dan kering akan menyebabkan mekap kita tidak tahan lama dan bercapuk!
Panat tau kejap-kejap nak kena touch up untuk pastikan make up tak cair! Jadi, kalau nak make up tahan lebih lama kena lah pastikan kulit wajah kita sihat dulu.
Macam min cakap tadi asas penjagaan kulit wajah ialah penggunaan Hydrating Lotion sebab ia mampu memberikan kelembapan sekaligus membuatkan kulit wajah kita lebih sihat dari semasa ke semasa.
Fuhh banyak betul lah manfaat kalau gunakan Hydrating Lotion ni kan!
Jap jap min belum habis lagi tau, lepas dah guna Hydrating Lotion tu apa kata korang guna sekali Booster Serum untuk kesan yang lebih baik.
Berikut merupakan manfaat Booster Serum untuk kulit wajah :
- Penggunaan bahan-bahan yang bagus dan penembusan yang tinggi serta mampu menyelesaikan masalah kulit dengan lebih cepat daripada serum biasa.
- Menembus dan menghidrat secara mendalam, mengetatkan pori-pori besar dan menguatkan skin barrier.
- Melembabkan kulit dalam 24 jam.
Kekalkan keserian wajah dengan Hada Labo
Masalah kulit wajah kering, kusam, berminyak dan berjerawat ni rasa-rasanya dialami oleh kebanyakan orang.
Dah cuba macam-macam produk pun masih tak berkesan. Dari produk murah sehinggalah yang mahal semuanya dah cuba, tapi tak dapat selesaikan masalah kulit. Memang stress! Lagi-lagi kita dah nak sambut tahun baru kan?
Haaa….kalau nak tahu rahsia min untuk dapatkan kulit yang flawless dan glowing adalah dengan menggunakan produk Hada Labo lah. Memang favourite!
Nak tahu apa tak?
Sudah semestinya lah Hada Labo Hydrating Lotion yang memang sudah terbukti keberkesanannya dan kalau nak kesan yang lagi wow, pastikan korang kena pakai Hada Labo H.A Supreme Cera Hydrating Booster Serum.
Kombinasi ni memang paling mantap dan min gerenti korang tak kan menyesal lah!
Yeayy….dapat lah kita sambut tahun baru dengan kulit yang lebih flawless dan glowing tahun ni.
Bukan setakat tu je, Hada Labo siap ajar cara-cara untuk dapat kan kulit bak Miss World sempena musim tahun baru kali ni tau.
Cepat meresap kulit jadi makin lembut & anjal!
Korang semua jangan pening-pening sebab Hada Labo ada kongsikan cara penggunaan produk keluaran mereka tau.
Apa yang korang kena lakukan ialah :
Langkah 1: Selepas cuci muka dengan cleanser, sapukan Hada Labo Hydrating Lotion pada muka korang untuk mengekalkan kelembapan.
Langkah 2: Sapukan Hada Labo H.A Supreme Cera Hydrating Booster Serum.
Mudah kan, dab dab dab terus cantik!
Sekali pakai terus nampak kesan?
Mesti korang tertanya-tanya kena kita kena pakai Hada Labo Hydrating Lotion dan Hada Labo H.A Supreme Cera Hydrating Booster Serum kan?
lanya mengandungi bahan-bahan yang sangat berkesan dan boleh membantu korang menyelesaikan masalah kekeringan, kusam, garis halus, jerawat dan masalah kulit yang lain yang dialami dengan cepat. Bestnya!
Hada Labo Hydrating Lotion kini mengandungi 5 asid hyaluronic dengan fermented hyaluronic asid baharu mampu meresap jauh ke dalam kulit untuk melembapkan setiap lapisan kulit dan membaiki skin barrier kita.
Bila skin barrie kita sihat baru lah kulit kita akan nampak lebih berseri dari biasa.
Kalau korang ada masalah kulit yang kering, Hada Labo H.A. Supreme Cera Hydrating Booster Serum ni memang pilihan yang sangat tepat.
Diperkaya dengan 4 asid hyaluronic dan ceramide yang mampu melembapkan, serum ini bukan sahaja dapat membantu menghidratkan kulit sehingga 24 jam, malah ia dapat mengecilkan pori dan menguatkan lagi skin barrier kita.
Dapatkannya di pasaran sekarang sebelum terlambat!
Jadi, apa tunggu lagi tu guyss? Takkan tak nak cantik kot, jom lah dapatkan cepat-cepat baru boleh flawless dan glowing sama-sama untuk sambut tahun baru nanti!
Tak hairanlah la skincare Hada Labo ni sentiasa menjadi pilihan sebab harga yang berpatutan serta kesan yang memuaskan.
Korang boleh dapatkannya di sini atau layari laman web rasmi Hada Labo untuk maklumat lanjut. Baru betul, Nothing more, Nothing less dengan Hada Labo.