berita

‘Nak Kutuk Drama Aku Go Ahead!’ – Michael Ang Kecewa Dituduh Peluk Islam Sebab Nak Popular

December 8th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Semalam, penyanyi, Noraniza Idris dipercayai memuat naik satu posting di Facebook bahawa dia ingin berdepan dengan pengarah terkenal tanah air iaitu Michael Ang selepas tamat Gegar Vaganza. Ini kerana, Michael Ang didakwa meluahkan pandangan tidak puas hati mengenai persembahannya pada malam separuh akhir konsert Gegar Vaganza.

Artikel berkaitan: ‘Sengau Semacam Je’ – Lantang Beri Pendapat Di Twitter, Kak Ani Nak Jumpa Michael Ang Lepas GV?

Terbaru, Michael Ang memuat naik satu posting di Instagram untuk membidas kenyataan yang dipercayai dikeluarkan oleh Noraniza Idris menerusi akaun Facebook Akar Kita Zapin.

I memeluk agama Islam untuk popular?

Salam semua. Wow! Benda ni was sent to me! Tak tahu la account apa ni. Anyway nak kutuk drama aku ke apa ke go ahead! I terima saja sebab i sendiri yang gatal nak direct and produce dan bagi u all tengok! So to me u all Ada Hal nak cakap apa apa pun pasal drama I! I terima semua! Tapi benda pasal i mualaf ni, hish hish nampak sangat kebodohan u, satu Malaysia tahu bila i memeluk agama Islam tak siapa pun tahu, i yang nak sembunyikan! Kalau tak sebab kantoi sampai hari ni pun u all takan tahu I dah beragama Islam! So I memeluk agama Islam untuk popular? Kepada penulis and account holder posting ni orang yang beragama Islam mcm kau ni la yang membuat orang luar sana takut dengan Islam! So fikirkan la apa yang u dah Cakap adn tulis! Honestly I feel sad for u for someone who is born a Muslim! Anyway to the rest of u luv u and stay safe! Oh yes lupa nak cakap Aku Maafkan kau!

Menurut Michael Ang, dia tidak kisah sekiranya mana-mana individu ingat mengutuk drama arahannya. Namun, isu dia memeluk Islam untuk menjadi popular merupakan isu yang sangat bodoh jika diperkatakan. Tambahnya, dia sedih sekiranya seseorang yang beragama Islam sanggup membuat tuduhan sebegitu. Jelasnya lagi, masyarakat tidak akan mengetahui dia memeluk agama Islam seandainya tidak kantoi tempoh hari. Di akhir posting, Michael Ang memaafkan penulis posting tersebut.

Ada hajat besar

Terdahulu, Michael Ang didakwa meluahkan pandangannya mengenai persembahan lagu Hindustan yang dinyanyikan oleh Noraniza Idris ketika persembahan separuh akhir Gegar Vaganza. Menurut Michael Ang, lagu tersebut telah dipercayai dibunuh kejam oleh penyanyi irama Malaysia itu. Michael Ang juga berharap pihak juri memberikan markah yang sewajarnya.

Susulan daripada tweet Michael Ang, penyanyi itu dipercayai memuat naik satu posting di mana dia ingin berdepan dengan pengarah tanah air tersebut selepas tamat Gegar Vaganza. Dalam posting tersebut juga, Kak Ani didakwa meluahkan perasaan tidak sabar.

Sumber: Michael Ang

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×