Pelakon, Adam Corrie, 55, dilihat memuat naik sebuah ciapan berbentuk kesal terhadap segelintir peniaga atas talian di akaun Twitternya.
Nak meniaga tengok tempat
Menerusi ciapan tersebut, Adam menjelaskan bahawa dia kurang gemar apabila ada segelintir peniaga yang menjual produk yang sama dengannya turut membuat iklan di ruangan komennya.
Saya paling tak suka apabila ada orang boleh buat iklan produk baju Melayu di ruangan komen saya. Sebab saya juga jual baju Melayu dan kurta.
Susulan itu, Adam meminta para peniaga untuk menghormati perniagaannya dan menasihatkan mereka supaya lebih peka.
Nak meniaga tengok tempat dan hormati tuan rumah.
Sumber: Adam Corrie