Pelakon, Adam Corrie mengakui dia sentiasa berusaha memahami karakter anaknya, Adam Fateh, yang mempunyai emosi dan sikap berbeza dari hari ke hari.

Artikel Berkaitan: Memang Nak Anak Ramai, Tapi Alhamdulillah Seorang Dah Sejuta Rahmat’ – Adam Corrie

Artikel Berkaitan: ‘Islam Bukan Tentang Rasa Dulu Baru Dekat, Tapi Dekat Dulu..Baru Allah Bagi Rasa’ – Adam Corrie

Tegas bab solat

@nona.my

“10 tahun saya tunggu dia. Saya kahwin umur 40, umur 50 baru saya dapat Adam Fateh.” Adam Corrie berkongsi detik penantian selama sedekad untuk bergelar bapa, selain berkongsi cara beliau mendidik anak tunggalnya, Adam Fateh, dengan nilai agama dan disiplin sejak kecil. Nak tahu lebih lanjut kisah di sebalik kehidupan Adam Corrie sebagai seorang ayah? Tonton temubual penuh dalam Inspirasi Nona sekarang di YouTube & Facebook Majalah Nona. 🔗 Jangan lupa like, komen dan kongsi video ini. #InspirasiNona #MajalahNona

♬ original sound – NONA – NONA

Menerusi perkongsian bersama Majalah Nona, pemilik nama Adam Corrie Lee Abdullah mengambil pendekatan tegas dalam mendidik anaknya, terutamanya dalam soal ibadah solat sejak usia kecil lagi.

Kata Adam lagi, dia akan memastikan anaknya menunaikan solat berjemaah bersama-sama setiap hari.

Saya belajar macam mana karakter anak saya, Adam Fateh sebab mood dia dan karakter dia hari-hari tak tak sama.

Saya tegas, bukan semua benda tapi saya tegas dalam bab solat.

Dia setiap hari dia kena solat berjemaah dengan saya walaupun dia baru lapan tahun.

Meskipun ajaran mengenai kewajipan menunaikan ibadah solat lazimnya lebih ditekankan apabila kanak-kanak mencecah usia 10 tahun, namun anaknya kini sudah mampu menunaikan solat dengan baik.

Sebenarnya saya nak ajar dia solat pada usia dia 10 tahun.

Tapi, sekarang dia dah boleh baca surah Al-Fatihah, dah boleh baca tahiyat akhir, saya suruh dia berjemaah dengan saya.

Tapi waktu Subuh memang tak la, bila Subuh memang dia lesu.

Waktu lain seperti Zohor, Asar, Maghrib, Isyak, insyaAllah.

Sebolehnya tak nak rotan

Dalam pada itu, Adam pada awalnya menjangkakan proses mendidik anak untuk solat akan menjadi sukar, namun bersyukur apabila anaknya memberikan kerjasama yang baik setiap kali diminta menunaikan solat.

Tapi saya tak sangka, saya ingat saya susah nak ajar dia solat.

Lepas tu bila saya ajar dia, saya panggil dia solat, dia okey saja, dia pergi ambil wuduk, solat dengan saya.

Alhamdulillah, saya rasa macam lega, dan bukan banggalah tapi at least saya didik anak sendiri solat daripada didik anak sendiri pergi main benda lain.

Tambahnya, dia sentiasa mengingatkan anaknya bahawa rumah mereka merupakan rumah orang Islam dan setiap Muslim wajib menunaikan solat lima waktu sehari.

Saya kena bagi tahu dia hari ini, ‘Ini rumah orang Islam, kita wajib solat’.

Kadang-kadang dia tanya, ‘Kenapa kena solat?’, saya jawab, ‘Ini rumah orang Islam, kita wajib solat lima waktu.’

Kalau dia tak nak ikut, saya marahlah.

Sebelum masih belum lagi tahap pukul dan rotan.

Sebab dia baru lapan tahun, kita tak nak rotan dia lagi sebab dia baru 8 tahun.

10 tahun ke atas baru kita boleh start rotan dia ataupun start pukul dia.

Tapi seboleh-bolehnya saya tak nak sentuh dialah.

Dalam masa sama, Adam tidak menghalang anaknya bermain seperti kanak-kanak lain, namun dia menetapkan disiplin tertentu termasuk perlu pulang ke rumah sebelum waktu Maghrib bagi bersiap untuk menunaikan solat.

Tapi bagi saya, dia nak main lumpur, hujan ke, nak main dengan kawan-kawan, pergilah.

Tapi saya tegaskan, ‘Fateh, main macam mana sekali pun, pukul 7 Fateh kena balik’.

Pukul 7 Fateh kena balik, kena mandi, standby untuk solat Maghrib.

Sementara itu, Adam turut meluahkan rasa syukur dikurniakan zuriat selepas menunggu hampir sedekad, memandangkan dia berkahwin pada usia 40 tahun dan hanya memperoleh cahaya mata ketika berusia 50 tahun.

10 tahun saya tunggu dapat dia.

Saya berkahwin umur 40 tahun, sebab saya masuk Islam umur 39 tahun.

Umur 50 tahun baru saya dapat Fateh.

Sumber: TikTok