
Jurulatih kecergasan, Tareq Fit memberi respon terhadap kenyataan usahawan, Ojen Aiwah yang dikatakan sudah mengambil tindakan undang-undang terhadapnya atas dakwaan fitnah.
Artikel Berkaitan: ‘Lepas Ni Kalau Nak Tegur Selebriti DM Je Daripada Cuba Memalukan, Kami Tak Sempurna’ – Fasha Sandha
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tareq Fit Tegur Kaum Lelaki ‘Asyik’ Buat Trend ‘Jamilah’ – ‘Ini Bukan Aura Jantan Sejati’
Tak takut

Menerusi hantaran di Threads, Tareq menyatakan pendiriannya bahawa dia sama sekali tidak gentar dengan tindakan yang bakal dilakukan Ojen.
Nak saman silakan, hakikat kena sebarkan.
SubhanAllah, kau terasa hati kerana hakikat, duit kau ada, aku ada Allah, cukup sangat Alhamdulillah.
Menurut Tareq, tujuan dia memuat naik video adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang pemakanan yang didakwa kurang baik untuk kesihatan.
Tambah Tareq lagi, dia tidak pernah sama sekali menjadikan Ojen sebagai musuh tetapi hanya mahu masyarakat cakna dengan pemakanan mereka.
Didik masyarakat untuk kurangkan makanan yang banyak topping tidak sihat, jadi salah. Perkara benar memang pahit.
Aku tidak bermusuh kau atau jenama kau, aku didik masyarakat menjadi sihat.
Terdahulu, Ojen memaklumkan sudah mengambil tindakan saman terhadap Tareq kerana didakwa telah menfitnah produk makanannya sehingga boleh menjejaskan reputasi perniagaan.
Sumber: Threads Tareq Fit








