berita

Nak Tahu Macam Mana Korang Boleh Tengok Konsert Dengan Barisan Artis Terkenal Tanah Air? Ini Caranya!

July 11th, 2023 | by Nurul
Kini Trending

Kredit: KFC, Smartmockups, Sinar Harian & The Star

Berita baik untuk peminat muzik di luar sana, kami ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan dengan korang ni!

Sempena ulang tahun mereka ke-50, KFC akan mengadakan Kepci Music Fest dan nak belanja korang semua ke festival muzik yang menampilkan barisan artis terkenal tanah air. Bestnya!

Nak tahu macam mana nak tebus tiket percuma ke Kepci Music Fest ni? Jom kami kongsikan caranya!

Untuk pengetahuan korang, Kepci Music Fest ni adalah konsert selama satu hari yang akan berlangsung di 3 lokasi pada tarikh yang berbeza. Bukan calang-calang tau artis yang terlibat, antaranya penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, lagenda rock tanah air, Amy Search dan Ella, Misha Omar, DOLLA dan ramai lagi.

Rugi tau kalau korang lepaskan peluang ni!

Berikut adalah barisan artis yang terlibat mengikut tarikh dan lokasi yang berbeza:

*Lokasi tertakluk kepada perubahan

Yang lagi best, cara nak dapatkan Tiket Elektronik ke Kepci Music Fest ni pun senang sangat iaitu korang hanya perlu beli mana-mana Set A, Set B, Set C atau Set D untuk tebus e-tiket!

Langkah-langkah untuk menebus:

  1. Beli mana-mana set Kepci Music Fest
  2. Muat naik resit di kepcimusicfest.com
  3. Tebus e-tiket dalam talian menggunakan kod daripada emel pengesahan
  4. Layan Kepci Music Fest!

*Jenis kombo mungkin berbeza mengikut lokasi

Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan artis-artis kesayangan korang beraksi dan dapatkan mana-mana set Kepci Music Fest yang sedap hingga menjilat jari hari ini juga.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web KFC.

SKIP THIS AD ×