berita

Nak Travel Ke Singapura? Ini 5 Tempat Shopping & Acara Menarik Yang Korang Boleh Enjoy Dekat Sana!

March 11th, 2024 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Singapura dikenali sebagai pusat perdagangan dunia dengan pusat beli-belah yang mewah dan ada juga menawarkan pelbagai lokasi serta aktiviti menarik yang boleh korang lakukan tanpa perlu berbelanja besar tau!

Ha…siapa ada plan nak travel ke Singapura? Kalau ada, boleh je teruskan niat tu sebab dekat sana banyak tempat dan barangan yang korang boleh shopping tau! Harga pun berpatutan dengan kualiti barangan yang dijual. Selain itu, ada juga acara-acara yang best dekat sana yang korang boleh join!

Nak tahu dekat mana? Ini min dah listkan satu-satu untuk korang!

1. Love Bonito – reka bentuk pakaian yang sesuai untuk orang Asia

Kredit: https://www.lovebonito.com/sg/

Mesti ada yang pernah dengar tentang jenama ini kan? Ha..kalau korang nak tahu ia adalah jenama yang berasal dari Singapura. Barangan dan gaya-gaya mereka dihasilkan dengan kualiti yang mantap! Selain itu, pereka Love Bonito sangat komited dalam menyempurnakan potongan pakaian yang sesuai dengan bentuk badan wanita Asia.

Kiranya korang beli pakaian atau barangan mereka, korang boleh je pakai dan style kan dalam kehidupan seharian!

Lokasi:

1. ION – Flagship Store – 2 Orchard Turn #B3-02 S238801

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10am-10pm)

2. VivoCity – 1 HarbourFront Walk #02-07A S098585

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (11am-10pm)

3. Funan – 107 North Bridge Road #02-09 S179105

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (11am-10pm)

2. Pearly Lustre – koleksi barang kemas mutiara

Kredit: https://pearlylustre.com/

Dah alang-alang ke Singapura, rugilah kalau korang tak cari barang perhiasan mewah dengan koleksi yang ada di Pearly Lustre ni kan?

Menariknya tentang jenama ini adalah dimana ia direka dengan mutiara tulen yang terbaik! Jenama ini juga telah mencipta sistem “5S” iaitu Shine, Size, Shape, Surface, Shades untuk memastikan barang kemas mutiara itu dibuat dengan kombinasi harga dan kualiti terbaik. 

Design tak payah cakap lah, memang sangat trendy dan bergaya untuk si pemakai tau. Ha, siapa nak beli untuk diri sendiri atau nak bagi hadiah dekat orang tersayang tu, korang boleh lah datang sini!

Lokasi:

1. Pearly Lustre Flagship Store – 313@Somerset

Waktu Operasi: Setiap hari (11am-9pm)

2. Pearly Lustre @ Tang Plaza – TANGS at Tang Plaza

Waktu Operasi: Setiap hari (11am-9pm)

3. Pearly Lustre @ Design Orchard

Waktu Operasi: Setiap hari (11am-9pm)

3. prettyFIT – kasut selesa & trendy

Kredit: https://www.prettyfit.com.sg/

prettyFIT ini merupakan jenama fesyen kasut yang sentiasa mengikuti trend dan mencerminkan wanita yang yakin dan bebas berinovasi tau! Kira macam korang boleh mengekspresikan individualiti dengan unik dan tersendiri lah…

Kalau korang rasa nak try kasut yang selesa, boleh dapatkan di sini sebab rekaannya digabungkan dengan pelbagai teknologi untuk  menjadikan kasut  lebih lembut, menyeronokkan, dan selesa bila dipakai.

Siapa yang belum ada lagi koleksi dari prettyFIT ni, boleh lah dapatkan satu!

Lokasi: 

1. Bugis Junction – 200 Victoria Street

2. Century Square – 2 Tampines Central

3. CityLink Mall – 1 Raffle Links

4. Adriana Yariqqa – koleksi lebaran 2024

Kredit: https://www.adriannayariqa.com/collections/2024-aylebaran

Korang dah plan ke baju raya tahun ni nak pakai design dan jenama apa? Ha…kalau belum! Korang kena beli koleksi dari Adriana Yariqqa untuk lebaran tahun ni! 

Dari lelaki, wanita dan kanak-kanak, semua ada tau! Kalau korang rasa macam tak sure dengan saiz atau pun design mana yang korang nak, boleh buat appointment untuk ke butik mereka yang ada di Singapura tu terus. 

Tengok depan-depan barulah puas hati kan! 

Lokasi: 8, Jalan Pisang, 199075 Singapore

5. Fenomena – Dato’ Sri Siti Nurhaliza LIVE in Singapore

Kredit: https://www.sistic.com.sg/

Terkenal dengan suaranya yang merdu dan persembahan yang menawan hati, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menjanjikan pengalaman konsert yang melangkaui genre dan membawa penonton ke dalam dunia muzik yang indah. 

Ha…mana semua sitizoners dan peminat Dato’ Sri Siti Nurhaliza tu? Kalau korang tak sempat nak beli tiket dan hadir ke konsert beliau di Malaysia pada sabtu ini, apa kata korang cepat-cepat beli tiket untuk menyaksikan persembahan beliau di Singapura pada Jun ini. 

Klik SINI untuk dapatkan tiket.

Dah puas shopping dan berjalan tu, boleh lah try makan dekat restoran ini pulak!

1. Harummanis 

Kredit: https://harummanissg.com/

Bertemakan resepi dan makanan tradisional orang Melayu, restoran Harummanis membawa konsep yang lebih tenang dan indah. Masakan dan menu nya macam mana pula? Eh, mestilah sedap kan!

Kalau dah sampai sana nanti, korang tak try memang rugi. Ada pelbagai menu yang ada di sana termasuk lah ikan salai, sayur nangka, udang galah dan macam-macam lagi!  Sedapnyaaa….

Lokasi: 37 Sultan Gate Singapore 198485

2. Restoran Padi Busorrah 

Kredit: https://www.padibussorah.com/

Datang dengan family besar, rakan-rakan tapi tak tahu nak makan dekat mana? Ini tempat yang sesuai guys! Korang tinggal pilih je nak makan apa, resepi melayu, western semua ada!

Tapi min rekomen korang makan hidangan melayu tempatan di restoran ni. Nak tau kenapa, haa sebab rasa dia memang sangat autentik. Lagipun semua hidangan ni dibuat dengan bahan-bahan segar tau. So, rasa tu memang berkualiti dan sedap lah…

Jangan lupa untuk ke sini dan cuba sendiri!

Lokasi: 53 Bussorah St, Singapore 199469

Fuhh semua best-best! Korang boleh book tiket flight ke Singapura sekarang dengan Malaysia Airlines guys!

Dah excited ke tu? Siapa yang belum beli tiket penerbangan ke Singapura tu, boleh cepat-cepat membuat pembelian dengan Malaysia Airlines sekarang.

Harga penerbangan pun murah, hanya bermula dari RM259 sehala tau! Jadi, kalau taknak terlepas harga ini, korang boleh buat tempahan tiket sekarang sebelum promosi berakhir pada 17 Mac 2024  ini dan nikmati perjalanan penerbangan sehingga 30 November 2024!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Malaysia Airlines.

SKIP THIS AD ×