Foto: Daily Star
Gara-gara mahu melakukan eksperimen seks, seorang remaja lelaki terpaksa menanggung derita selepas dua kabel USB tersangkut dan tersimpul di dalam kemaluannya.
Wayar tersangkut, tersimpul dalam zakar
Foto: Daily Star
Memetik laporan Daily Star, mangsa yang berusia 15 tahun dari Britain itu bertindak memasukkan kabel tersebut kerana mahu mengukur kepanjangan zakarnya dari bahagian dalam. Namun tindakannya itu membawa padah apabila kabel terbabit tersangkut dan tersimpul di dalam kemaluannya. Mangsa kemudian bergegas ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Pada awalnya, doktor gagal mengeluarkan kabel tersebut semasa percubaan pertama sebelum sebatang besi digunakan untuk menarik kabel berkenaan. Tetapi proses menjadi semakin rumit apabila kabel tersebut bersimpul. Doktor akhirnya bertindak memotong bahagian antara alat kelamin dan dubur mangsa supaya dapat mengeluarkan kabel berkenaan. Kabel terbabit akhirnya berjaya ditarik keluar melalui meatus uretra luar. Difahamkan, remaja terbabit berjaya diselamatkan dan sudah pun kembali pulih.
Menurut sumber kes tersebut dikatakan agak serius dan rumit sehingga memerlukan kes ini dikaji oleh doktor di seluruh dunia. Meskipun kes ini sudah lama terjadi iaitu pada 2021 namun doktor baru sahaja menerbitkan penjelasan mengenainya menerusi Science Direct.
Sumber: Daily Star